Hospital Beaufort | A+ A A- | Biru Ungu Hijau Oren Merah
Masa Melawat

Isnin - Jumaat

12.30pm - 2.00pm
4.30pm - 7.30pm

 

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
12.30pm - 7.30pm

Media Sosial
FacebookFeed

Informasi > Maklumat Unit > Bahagian Pengurusan > Unit Promosi Kesihatan

Unit Promosi Kesihatan

OBJEKTIF

  • Untuk memberikan perkhidmatan pendidikan pesakit yang berkesan dan berkualiti ke arah perubahan tingkahlaku kesihatan yang positif.
  • Untuk berfungsi sebagai pusat sumber pendidikan pesakit "One Stop Centre" di Hospital.
  • Untuk memastikan keberkesanan perkhidmatan perawatan pesakit di Hospital khususnya dapat dilaksanakan melalui kemudahan dan kepakaran perubatan dan promosi kesihatan.

 

VISI

Unit Promosi Kesihatan akan beroperasi sebagai satu unit yang memberi perkhidmatan pendidikan dan promosi kesihatan yang berpaksi kepada perubahan tingkahlaku kesihatan yang positif.

 

MISI

Komited dan sentiasa berusaha mewujudkan suasana perubahan tingkahlaku kesihatan yang positif ke arah peningkatan kualiti hidup yang tinggi.

 

PIAGAM PELANGGAN

1. Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbangrasa, hormat, bersopan-santun, jujur dan ikhlas.

2. Memberikan informasi kesihatan yang cepat, tepat dan terkini.

3. Memberi kemahiran yang relevan berdasarkan penyakit yang tertentu ke arah penubuhan tingkahlaku kesihatan yang positif.

4. Setiap pelanggan akan diberikan layanan berdasrkan ketetapan berikut :

  • Sebarang permintaan peminjaman sesuatu bahan pameran akan diuruskan serta-merta.
  • Penerbitan atau pencetakan sesuatu bahan pendidikan seperti risalah, flipchart dan poster akan disiapkan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh dihantar ke Unit Promosi Kesihatan.
  • Tempahan backdrop / pengambilan gambar hendaklah dibuat seminggu sebelum acara diadakan.

 

 KEWAJIPAN PELANGGAN

Untuk membolehkan piagam ini dilaksanakan dengan berkesan, pelanggan adalah berkewajipan untuk :

  • Mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan.
  • Menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan dengan penuh tanggungjawab.
  • Menyediakan dan mengemukakan borang/surat.
 

Kalendar
September 2017
Ah Is Se Ra Kh Ju Sa
          1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
Carian
 
Hak Cipta Terpelihara © Hospital Beaufort 2017 Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

PENAFIAN
Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.