Hospital Beaufort | A+ A A- | Biru Ungu Hijau Oren Merah
Masa Melawat

Isnin - Jumaat

12.30pm - 2.00pm
4.30pm - 7.30pm

 

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
12.30pm - 7.30pm

Media Sosial
FacebookFeed

Informasi > Maklumat Unit > Bahagian Pengurusan > Unit Teknologi Maklumat

Unit Teknologi Maklumat

PENGENALAN

Unit Pengurusan ICT Hospital Beaufort telah diwujudkan pada tahun 2008. Unit ini diwujudkan selaras dengan perkembangan ICT di dalam meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan di hospital-hospital kerajaan melalui projek kerajaan elektronik  dan perkhidmatan elektronik kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Pengisian jawatan pertama di Unit Pengurusan ICT Hospital Beaufort adalah bagi jawatan Juruteknik Komputer (FT17) pada April 2008 dan seterusnya bagi jawatan Pegawai Teknologi Maklumat (F44) pada 16 Jun 2008.

 

Dari segi perjawatan, Hospital Beaufort hanya mempunyai empat (4) orang pegawai dan staf iaitu seorang Pegawai Teknologi Maklumat (Gred F44) dan dua orang Juruteknik Komputer (FT17) manakala jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (Gred F32) telah diisi dan jawatan ini masih dipinjam oleh Unit ICT, JKN Sabah.

 

LOKASI

Lokasi Pejabat Unit Pengurusan ICT bertempat di Pejabat Unit Pengurusan Hospital Beaufort.

 

OBJEKTIF

  • Memberikan perkhidmatan sokongan teknikal ICT dan aplikasi kepada Hospital Beaufort bagi memastikan kemudahan dan perkhidmatan ICT dapat digunakan dalam membantu warga kerja Hospital Beaufort menjalankan tugas serta memberi perkhidmatan dengan cekap dan berkesan.
  • Menyediakan persekitaran ICT enable dalam memudahkan warga kerja Hospital Beaufort memberi perkhidmatan kepada pelanggan dalaman dan luaran dengan cepat, mudah dan teratur dengan penggunaan sistem / aplikasi ICT.
  • Mewujudkan pembudayaan ICT dikalangan warga kerja Hospital Beaufort dari segi proses kerja, pengendalian tugasan dan pengeluaran output demi memenuhi kehendak stakeholder.

 

SKOP PERKHIDMATAN DAN FUNGSI

Skop perkhidmatan dan fungsi Unit Pengurusan di hospital ini merangkumi dua bahagian utama meliputi Pengurusan ICT serta Teknikal / Operasi ICT.

 

Tugasan Pengurusan ICT meliputi tugasan berikut:

  • Penyelia bagi mengurus, menyelia dan memantau pegawai/staf dibawah seliaan.
  • Bertanggungjawab dalam pembangunan infrastruktur ICT, keselamatan ICT, perolehan ICT dan pelaksanaan ICT di PTJ.
  • Mengurus dan menyelia perancangan dan perolehan ICT yang melibatkan peralatan dan perkakasan ICT.
  • Mengkaji semua program dan aktiviti ICT di Hospital Beaufort agar tidak berlaku pertindihan fungsi.
  • Memantau, menyelia dan melaksana aplikasi/sistem yang diguna pakai di Hospital Beaufort sama ada aplikasi daripada KKM dan JKNS serta aplikasi dalaman jabatan.
  • Administrator bagi aplikasi / sistem yang diguna pakai di jabatan seperti HRMIS, eSPKB, ePerolehan, eMasa, iKelahiran, iThalasemia, Sabahbloodline, SMRP dan Sistem Rawatan Harian.
  • Menyedia dan mendaftar akaun emel pegawai/staf Hospital, Pejabat Kesihatan Kawasan Beaufort , Pejabat Pergigian Kawasan Beaufort, Klinik Kesihatan Ibu & Anak Beaufort, Klinik Kesihatan Beaufort, Membakut dan Sipitang.
  • Menyediakan kandungan laman web bagi Hospital Beaufort dan penghasilan reka bentuk laman web yang sesuai dengan teknologi semasa
  • Kemaskini kandungan laman web dan menjaga keselamatan laman web agar tidak mudah diceroboh
  • Menyelaras dan melaksana program pembangunan modal insan (latihan/bengkel/taklimat) bagi skim ICT dan pengunaan aplikasi jabatan
  • Memantau dan menyelia perkhidmatan operasi gunasama bagi kesediaan infrastruktur, penyelenggaraan peralatan dan kesediaan rangkaian bagi Hospital, PKK , PPK , KKIA, Klinik Kesihatan Beaufort, Membakut dan Sipitang.

 

Tugasan Teknikal ICT meliputi tugasan berikut:

  • Bertanggungjawab sebagai pegawai helpdesk bagi penyelarasan aduan kerosakan dan gangguan perkhidmatan seperti peralatan, talian & aplikasi.
  • Bertanggungjawab untuk menyediakan senarai daftar dan inventori komputer dan peralatan ICT.
  • Menyelenggara komputer, router, switch dan server bagi  kawasan Hospital, PKK, PPK, KKIA, Klinik Kesihatan Beaufort, Membakut dan Sipitang.
  • Melakukan proses instalasi perisian dan pengemaskinian patches bagi Hospital, PKK , PPK , KKIA, Klinik Kesihatan Beaufort, Membakut dan Sipitang.
  • Sebagai pegawai standby bagi proses memulihkan ganggungan talian/ rangkaian dan aplikasi
  • Membuat data pendua ‘backup’ bagi server aplikasi yang digunakan di PTJ.
  • Urus setia bagi penyediaan peralatan ICT untuk program / aktiviti dalam jabatan dan aktiviti yang melibatkan penggunaan peralatan ICT
  • Bertanggungjawab untuk menyediakan senarai komputer dan peralatan ICT yang perlu dilupuskan.

 

Berdasarkan dua skop utama perkhidmatan ini, pecahan utama tugasan dibahagikan kepada empat (4) bidang iaitu:

 

Pengurusan ICT

  • Penyediaan infrastruktur ICT
  • Perolehan dan pelupusan komputer dan peralatan ICT
  • Literasi dan pembudayaan ICT dikalangan warga kerja Hospital Beaufort
  • Pewujudan persekitaran kerja ICT enable

 

Teknikal ICT

  • Pemantauan dan penyenggaraan talian 1GOV*net
  • Pemantauan dan penyenggaraan rangkaian kawasan setempat (LAN), Access Point dan Wifi melibatkan keseluruhan blok bangunan hospital.
  • Pemantauan dan penyenggaraan komputer dan peralatan ICT
  • Pemantauan dan penyenggaraan aplikasi / sistem yang diguna pakai

 

 Khidmat Nasihat ICT

  • Perkhidmatan helpdesk ICT secara dalaman (peringkat hospital) dan secara luaran (peringkat PTJ dibawah KKM yang tidak mempunyai perjawatan ICT)
  • Khidmat nasihat dari segi penyediaan spesifikasi serta tatacara perolehan komputer dan peralatan ICT
  • Khidmat nasihat dari segi penyediaan dokumen serta tatacara pelupusan peralatan ICT
  • Khidmat nasihat tadbir urus ICT

 

Keselamatan ICT

  • Pemantauan keselamatan ICT dari segi fizikal (peralatan), perisian dan kesediaan peralatan.
  • Pengemaskinian patches bagi perisian yang diguna pakai melibatkan perisian operating system, antivirus dan aplikasi yang digunakan.

 

Skop kerja unit ini meliputi keseluruhan Hospital Beaufort, Pejabat Kesihatan Daerah Beaufort dan Pejabat Pergigian Kawasan Beaufort. Unit ini juga terlibat secara langsung dengan pemantauan dan pelaksanaan program ICT di Hospital Sipitang dan Pejabat Kesihatan Daerah Sipitang (bagi hospital yang tiada perjawatan ICT).

 

Senarai Pekeliling
Senarai Pekeliling
Pautan

Pekeliling/Surat Pekeliling KKM

Pekeliling Perbendaharaan

Surat Pekeliling

Perbendaharaan

Pekeliling AM JPM

Pekeliling JPA

Surat Edaran JPA

1Pekeliling Perbendaharaan ( 1PP )
Pekeliling Kontrak Perbendaharaan
Pekeliling Pusat Sabah
Sistem Pengurusan Aset dan Stor
Pekeliling Mampu
Kalendar
Mei 2017
Ah Is Se Ra Kh Ju Sa
  1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31      
Carian
 
Hak Cipta Terpelihara © Hospital Beaufort 2017 Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

PENAFIAN
Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.