Hospital Beaufort | A+ A A- | Biru Ungu Hijau Oren Merah
Masa Melawat

Isnin - Jumaat

12.30pm - 2.00pm
4.30pm - 7.30pm

 

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
12.30pm - 7.30pm

Media Sosial
FacebookFeed

Informasi > Info Laman Web > Unit Farmasi dan Bekalan

Unit Farmasi dan Bekalan

PENGENALAN

Unit Farmasi & Logistik Hospital Beaufort merupakan perkhidmatan Sokongan Klinikal. Fungsi unit ini adalah pembekalan dan perolehan ubat-ubatan, reagen, gas perubatan & peralatan pakai buang untuk kegunaan pesakit, memberi maklumat tentang ubat-ubatan dan memberi khidmat kaunseling malalui perkhidmatan kaunseling serta Medication Therapy Adherance Clinic (MTAC).

 

OBJEKTIF

  • Perkhidmatan pendispensan ubat yang berkualiti, cekap dan selamat serta layanan mesra kepada pelanggan
  • Memberikan kefahaman terhadap ubat – ubatan serta mempertingkatkan pengetahuan kesihatan pelanggan
  • Menghasilkan persediaan ubat jenis galenikal yang menepati piawaian kualiti
  • Menyediakan perkhidmatan perolehan dan pembekalan yang sistematik supaya bekalan ubat – ubatan mencukupi untuk pelanggan

VISI

Memberi perkhidmatan Farmasi & Logistik yang optima untuk mencapai kesihatan yang baik.

 

MISI

Menyediakan perkhidmatan Farmasi & Logistik  yang berkualiti, memenuhi keperluan pelanggan dan dapat meningkatkan pengetahuan tentang penjagaan kesihatan.

 

PIAGAM PELANGGAN

Kami berjanji dan komited untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan:

FARMASI PESAKIT LUAR

  1. Memastikan ubat-ubatan yang betul dibekalkan tidak melebihi 30 minit bagi preskripsi yang lengkap diterima.
  2. Memastikan pelanggan yang berdaftar dengan Sistem Temujanji Farmasi mendapat bekalan ubat susulan pada tarikh yang dijanjikan.

 

FARMASI PESAKIT DALAM

  1. Memastikan pembekalan ubat ke wad/ unit bagi preskripsi/ pesanan yang lengkap diterima dalam tempoh masa SATU jam (mengikuti permintaan) dalam waktu pejabat

 

FARMASI LOGISTIK (STOR FARMASI)

  1. Membekalkan item standard kepada pemesan tidak melebihi 14 hari bekerja selepasa pesanan yang lengkap diterima.
  2. Membekalkan item bukan standard kepada pemesan selepas pesanan yang lengkap diterima, tidak melebihi 30 hari bekerja selepas bekalan diterima di Unit Farmasi Logistik

 

MASA OPERASI

Farmasi Pesakit Luar
Isnin hingga Jumaat
7:30 am – 5:00 pm
Sabtu, Ahad & Cuti Am
8:00 am – 3:00 pm
Farmasi Pesakit Dalam
Isnin hingga Jumaat
8:00 am – 5:00 pm
Sabtu, Ahad & Cuti Am
Tutup (Pembekalan ubat kepada pesakit dalam dilakukan melalui Farmasi Pesakit Luar)
Farmasi Mini A&E
Isnin hingga Jumaat
5:00 pm – 10:00 pm
Sabtu, Ahad & Cuti Am
5:00 pm – 10:00 pm
Farmasi Logistik 
Isnin hingga Jumaat
8:00 am – 5:00 pm
Sabtu, Ahad & Cuti Am
Tutup

 

TANGGUNGJAWAB PELANGGAN:-

  • Memastikan borang pesanan farmasi yang dihantar lengkap.
  • Memastikan perkara yang dibekal betul, sebelum menurunkan tandatangan pada nota keluaran barang-barang (NKBB) diruangan "Tandatangan Penerima".

 

 NOTA:-

Jika memerlukan bantuan selepas waktu pejabat atau semasa cuti umum, sila hubungi :

  1. Pegawai Farmasi U48/U44/U41.
  2. Penolong Pegawai Farmasi U29 yang bertugas "OnCall".

 

Kalendar
November 2017
Ah Is Se Ra Kh Ju Sa
      1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30    
Carian
 
Hak Cipta Terpelihara © Hospital Beaufort 2017 Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

PENAFIAN
Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.