Hospital Beaufort | A+ A A- | Biru Ungu Hijau Oren Merah
Masa Melawat

Isnin - Jumaat

12.30pm - 2.00pm
4.30pm - 7.30pm

 

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
12.30pm - 7.30pm

Media Sosial
FacebookFeed

Informasi > Info Laman Web > Unit Kerja Sosial Perubatan

Unit Kerja Sosial Perubatan

TUJUAN UTAMA UNIT DITUBUHKAN

Menyediakan Perkhidmatan dari dua aspek khusus iaitu Terapi Sokongan dan Bantuan Praktik.

  • Terapi sokongan

Satu proses kerja yang menggunakan kaedah kaunseling/psikososial terhadap pesakit/klien iaitu, antaranya adalah seperti kes penderaan, keganasan rumahtangga, ibu tanpa nikah, kes rogol, kes kurang upaya dan pesakit paliatif.

  • Bantuan Praktik

Satu proses kerja untuk membantu pesakit/klien mendapatkan bantuan sokongan iaitu dari segi kewangan, alat bantuan perubatan, penempatan dan pendidikan khas. Contoh-contoh bantuan praktik ialah bantuan am,bantuan pesakit kronik terlantar, bantuan orang tua, bantuan kanak-kanak sekolah, elaun pekerja cacat, bantuan alat perubatan, pendaftaran orang kurang upaya,penempatan institusi, pendidikan khas, bantuan kewangan bulanan dari organisasi yang lain dan lain-lain bantuan yang berkaitan.

 

MATLAMAT UTAMA UNIT

Dua matlamat Utama Unit ini ditubuhkan adalah untuk :

  • Mentadbir dan menyediakan Perkhidmatan dari dua aspek yang sangat penting iaitu ; Bantuan Praktik dan Terapi Sokongan.
  • Membantu pesakit / klien dalam penyediaan Laporan Perubatan/Penilaian Psikososial untuk kes-kes kebajikan dan sosial.

 

OBJEKTIF

Memberi perkhidmatan kebajikan spesifik kepada para pesakit dengan cara bekerjasama dengan disipilin - disiplin lain yang terdapat di Hospital ini secara pendekatan kerja berpasukan (Team Approach) supaya dapat memberi perkhidmatan yang lebih komprehensif dan berkesan kepada para pesakit di Hospital ini.

 

PIAGAM PELANGGAN

Kami berjanji akan memberikan perkhidmatan kepada para pelanggan berlandaskan prinsip-prinsip berikut :

  • Memberi layanan samarata mengikut giliran dan keutamaan dengan penuh hormat, mesra dan kasih sayang.
  • Memberi perkhidmatan secara telus dan profesional.
  • Memberi bantuan dan pertolongan mengikut keperluan dan kelayanan secara adil dan saksama.
  • Menjaga kehormatan dan kerahsiaan para pelanggan.
  • Mengurus permohonan bantuan praktik yang telah lengkap dalam tempoh masa 1-2 minggu bergantung dengan kes, manakala untuk kes Terapi Sokongan, masa yang diambil bagi mengendalikan setiap kes adalah 45 minit - 1 jam bergantung dengan kes.
 

Senarai Pekeliling
Senarai Pekeliling
Pautan

Pekeliling/Surat Pekeliling KKM

Pekeliling Perbendaharaan

Surat Pekeliling

Perbendaharaan

Pekeliling AM JPM

Pekeliling JPA

Surat Edaran JPA

1Pekeliling Perbendaharaan ( 1PP )
Pekeliling Kontrak Perbendaharaan
Pekeliling Pusat Sabah
Sistem Pengurusan Aset dan Stor
Pekeliling Mampu
Kalendar
Julai 2017
Ah Is Se Ra Kh Ju Sa
            1
2 3 4 5 6 7 8
9 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31          
Carian
 
Hak Cipta Terpelihara © Hospital Beaufort 2017 Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

PENAFIAN
Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.