Hospital Beaufort | A+ A A- | Biru Ungu Hijau Oren Merah
Masa Melawat

Isnin - Jumaat

12.30pm - 2.00pm
4.30pm - 7.30pm

 

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
12.30pm - 7.30pm

Media Sosial
FacebookFeed

Informasi > Info Laman Web > Unit Rekod Perubatan

Unit Rekod Perubatan

OBJEKTIF

  • Memberikan perkhidmatan rekod yang cekap, tepat dan berkesan bagi sistem penerimaan, penyimpanan dan pengeluaran rekod perubatan serta penyediaan statistik dan maklumat yang effisien.
  • Membekalkan maklumat perawatan perubatan (statistik hospital) secara mingguan, bulanan dan tahunan ke Pejabat Kesihatan Daerah Beaufort dan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah serta pihak-pihak lain yang memerlukannya
  • Menyediakan perkhidmatan memproses laporan perubatan untuk pihak-pihak perseorangan, polis, mahkamah, majikan, KWSP, PERKESO dan Insuran.

 

MISI

Mewujudkan sistem perkhidmatan rekod perubatan dan maklumat pesakit yang berkualiti dan sistematik melalui perkhidmatan yang cekap, teratur dan memenuhi kehendak pelanggan.

 

PIAGAM PELANGGAN

Unit rekod perubatan komited untuk memberikan kepuasan kepada stakeholder berdasarkan piagam pelanggan seperti berikut dan akan memastikan:

 

1. Tanggungjawab Kami

  • Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbang rasa, hormat, bersopan-santun, jujur dan ikhlas.
  • Setiap pelanggan diberi jaminan bahawa Rekod Perubatan Pesakit (RPP) dan segala maklumat mengenai penyakit dan rawatan akan dirahsiakan, disimpan dengan selamat dan hanya diberitahu kepada pihak tertentu dengan keizinannya tertakluk kepada undang-undang.
  • Setiap pelanggan boleh mendapatkan laporan perubatan dalam masa 14 hari (waktu bekerja) selepas membuat pembayaran yang telah ditetapkan. Bagi laporan post-moterm dikecualikan bagi tempoh masa tersebut.
  • Semua staf Unit Rekod Perubatan mendapat peluang untuk mengikuti latihan sekurang-kurangnya 7 hari setahun.

 

2. Tanggungjawab Anda

  • Menyediakan dokumen yang diperlukan semasa anda menghantar permohonan Laporan Perubatan.
  • Tiada tunggakan bayaran hospital bagi pesakit dalam.
 

Kalendar
September 2017
Ah Is Se Ra Kh Ju Sa
          1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
Carian
 
Hak Cipta Terpelihara © Hospital Beaufort 2017 Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

PENAFIAN
Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.