Hospital Beaufort | A+ A A- | Biru Ungu Hijau Oren Merah
Masa Melawat

Isnin - Jumaat

12.30pm - 2.00pm
4.30pm - 7.30pm

 

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
12.30pm - 7.30pm

Media Sosial
FacebookFeed

Informasi > Info Laman Web > Unit Forensik

Unit Forensik

OBJEKTIF

1. Membantu siasatan polis dalam kes kematian untuk menentukan dengan tepat mengapa dan bagaimana sesuatu kematian berlaku serta mengenalpasti identiti si mati.

2. Melakukan bedah siasat sebagai sebahagian daripada penyiasatan dalam kes-kes berikut :

  • Bunuh diri.
  • Kes kematian oleh haiwan, jentera, kemalangan.
  • Kematian yang meragukan.
  • Mayat yang dijumpai dan sebab kematian tidak diketahui.
  • Kes pembunuhan.
  • Kematian mengejut.
  • Kematian dalam tahanan polis atau di hospital sakit jiwa.
  • Melakukan bedah siasat dalam kes-kes klinikal untuk mengetahui dengan terperinci punca penyakit dan sebab kematian sebenar terutama bagi penyakit yang tidak diketahui.
  • Membantu polis dalam mengenalpasti identiti jenazah.
  • Membantu polis mengambil bahan sampel untuk siasatan kes medikolegal dan sebagai exhibit mahkamah.
  • Menyediakan laporan bedah siasat.
  • Mengurus mortuari.
  • Menguruskan jenazah yang tidak dituntut.
  • Memberi khidmat runding cara bagi kes Patologi Forensik, Klinikal Forensik dan pengambilan sampel untuk kes mahkamah.
  • Menjalankan pemeriksaan kes Klinikal Forensik yang dirujuk dan menyediakan laporan perubatan untuk tujuan urusan mahkamah.
  • Mengendalikan pengumpulan, penyimpanan dan penghantaran sampel ke makmal Jabatan Kimia.

 

VISI

Jabatan Perubatan Forensik memberikan perkhidmatan Forensik yang berkecuali, perkhidmatan perundangan perubatan (Medikolegal) yang efisien, lengkap dan kos efektif.

 

MISI

Bekerjasama secara berpasukan untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti, efisien, berkesan, prihatin dan mesra alam sekitar (environmentally friendly)

 

PIAGAM PELANGGAN

  • Semua pelanggan akan dilayan secara profesional dengan jujur, mesra, hormat dan bertimbang rasa.
  • Semua pelanggan akan dimaklumkan mengenai prosedur kerja yang telah ditetapkan.
  • Pemeriksaan bedah siasat bagi kes medikolegal yang tiada komplikasi akan dijalankan segera dalam tempoh 24 jam dari penerimaan Borang POL61.
  • Semua pemeriksaan bedah siasat akan dijalankan secara profesional, telus dan berkecuali.
  • Laporan perubatan yang lengkap dan komprehensif akan disediakan dalam tempoh yang ditetapkan.
 

Kalendar
November 2017
Ah Is Se Ra Kh Ju Sa
      1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30    
Carian
 
Hak Cipta Terpelihara © Hospital Beaufort 2017 Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

PENAFIAN
Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.