Hospital Beaufort | A+ A A- | Biru Ungu Hijau Oren Merah
Masa Melawat

Isnin - Jumaat

12.30pm - 2.00pm
4.30pm - 7.30pm

 

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
12.30pm - 7.30pm

Media Sosial
FacebookFeed

Informasi > Info Laman Web > Unit Dietetik dan Sajian

Unit Dietetik dan Sajian

OBJEKTIF

Objektif Umum :

Untuk memastikan perkhidmatan makanan dan perkhidmatan dietetik klinikal serta promosi kesihatan dilaksanakan secara profesional, berkualiti dengan mengutamakan pelanggan.

 

Objektif Khusus :

  • Untuk memastikan diet normal dan diet teraputik dibekalkan mengikut pesanan wad bagi kelas satu, tiga dan wad kanak-kanak.
  • Untuk memastikan diet kelas satu dibekalkan untuk doktor bertugas atas panggilan, mengikut kelayakan.
  • Untuk memastikan khidmat "Medical Nutrition Therapy" (termasuk kaunseling pemakanan dan nutrition support) diberikan kepada pesakit yang dirujuk oleh doktor.
  • Untuk memberi latihan praktikal katering dan dietetik kepada pelatih dari Institusi Pendidikan Tinggi.
  • Untuk menggalakkan penglibatan di dalam kajian serta penyelidikan katering dan dietetik klinikal / dietetik komuniti mengikut keperluan demi peningkatan mutu perkhidmatan.

 

VISI

Berusaha dalam perkembangan perkhidmatan makanan, dietetik klinikal dan juga promosi kesihatan untuk membantu rawatan pesakit selaras dengan visi dan misi hospital serta Kementerian Kesihatan Malaysia. Sistem pengurusan akan mengutamakan inovasi, teknologi dan pengetahuan terkini ke arah peningkatan kualiti berterusan.

 

MISI

Unit Dietetik dan Sajian berusaha untuk :

i) Perkhidmatan sajian

  • Merancang penyediaan makanan dengan mematuhi keperluan nutrien, tatacara proses katering, prinsip kebersihan dan keselamatan makanan, bersesuaian dengan teknologi semasa serta berkualiti.
  • Melaksanakan sistem pengurusan dengan sempurna berdasarkan polisi-polisi, pekeliling-pekeliling dan arahan yang ditetapkan.

 

ii) Perkhidmatan dietetik

  • Membantu rawatan perubatan melalui perkhidmatan dietetik klinikal dan promosi kesihatan berdasarkan amalan "evidence-based" di samping menyumbang kepakaran dalam bidang berkenaan.
  • Menyumbang kepada kajian dan penyelidikan dalam bidang pemakanan dan dietetik.

 

PIAGAM PELANGGAN

Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan secara profesional, selamat, mesra, penyayang dan berkualiti.

i) Perkhidmatan Sajian

  • Membekalkan diet harian mengikut Piawai Kementerian Kesihatan Malaysia dan sesuai dengan keperluan pemakanan pesakit.
  • Diet pesakit akan disediakan mengikut pesanan wad.
  • Diet akan dibekalkan empat kali sehari mengikut jadual seperti berikut :

 

Hidangan
Waktu
 Sarapan Pagi 7.00 pagi - 8.00 pagi
Makan Tengahari12.00 tengahari - 1.00 tengahari
Minum Petang3.00 petang - 3.30 petang
Makan Malam5.00 petang - 5.30 petang

 

  • Bagi kemasukan baru sebelum 5.00 petang, diet akan disediakan dalam masa 30 minit selepas pesanan. Makanan yang akan diberikan tidak semestinya sama dengan menu yang ditetapkan tetapi akan dipastikan bersesuaian dan bermutu.
  • Makanan yang disediakan adalah mengikut menu, bersih dan selamat di makan.

 

ii) Perkhidmatan Dietetik

  • Setiap pesakit yang dirujuk akan mendapat perkhidmatan sewajarnya tanpa mengira umur, jantina, keturunan, agama atau taraf sosio-ekonomi.
  • Setiap pesakit yang dirujuk akan diberi maklumat yang jelas mengenai aspek penjagaan pemakanan bersesuaian mengikut keadaan penyakit masing-masing.
  • Jangka masa kaunseling pemakanan :

  i) Kes Kritikal : Pesakit yang dirujuk akan diberi perkhidmatan klinikal dietetik dalam tempoh     24 jam.

  ii) Kes Tidak Kritikal : Pesakit yang dirujuk akan diberi perkhidmatan klinikal dietetik dalam tempoh 48 jam.

  • Maklumat peribadi, penyakit dan rawatan yang diberikan kepada pesakit adalah dirahsiakan.
 

Kalendar
September 2017
Ah Is Se Ra Kh Ju Sa
          1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
Carian
 
Hak Cipta Terpelihara © Hospital Beaufort 2017 Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

PENAFIAN
Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.