Hospital Beaufort | A+ A A- | Biru Ungu Hijau Oren Merah
Masa Melawat

Isnin - Jumaat

12.30pm - 2.00pm
4.30pm - 7.30pm

 

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
12.30pm - 7.30pm

Media Sosial
FacebookFeed

Informasi > Info Laman Web > Unit Perhubungan Awam

Unit Perhubungan Awam

OBJEKTIF

Mempertingkatkan dan memelihara imej Hospital Beaufort melalui peningkatan kefahaman orang ramai terhadap dasar-dasar dan prosedur kerja di hospital. Unit Perhubungan Awam juga bertindak sebagai jurucakap bagi Hospital Beaufort dalam menyampaikan maklumat berhubung dengan fakta dan situasi atas arahan Pengarah Hospital. Unit ini juga bertanggungjawab dalam menguruskan perhubungan awam dengan media dan merancang strategi media dalam penyebaran maklumat. Selain itu, unit ini berperanan sebagai penasihat dan bertindak sebagai penyelaras aduan awam / pelanggan.

 

FUNGSI

1. PENGURUSAN PELANGGAN

  • Urusetia Aduan pelanggan Hospital Beaufort.
  • Perkhidmatan kaunter.
  • Khidmat pelanggan (telefon).
  • Hari bertemu pelanggan.
  • Pameran.

 

2. KHIDMAT NASIHAT HAL EHWAL PERHUBUNGAN AWAM

  • Melaksanakan aktiviti Perhubungan Awam Hospital.
  • Menjalin hubungan media (Pengurusan Media).
  • Publisiti bagi aktiviti rasmi hospital (Pengurusan Acara).
  • Menyedia ucapan majlis-majlis anjuran Hospital Beaufort.
  • Menyelaras permohonan media.
  • Menyelaras permohonan maklumat dari organisasi luar.

 

3. PENGURUSAN MEDIA

  • Memantau isu-isu mengenai hospital melalui akhbar tempatan.
  • Menyedia keratan akhbar yang berkaitan.
  • Mengatur sidang media / akhbar.
  • Hubungan dengan media.
  • Pastikan kehadiran media.

 

PIAGAM PELANGGAN

Memberikan Perkhidmatan yang terbaik dengan :

 

1. Aduan Awam (Surat, Email, Bersemuka, Telefon Dll).

 

  • Pelanggan Dalaman
  • Pelanggan Luaran

 

2. Penghargaan

Menerima dan mempamer penghargaan daripada pelanggan, kerajaan dan badan berkanun.

 

3. Panggilan Telefon Hospital

3.1 Menjawab dan melayan panggilan telefon masuk dan keluar Hospital Beaufort dengan ramah, mesra dan berhemah.

 

3.2 Mengangkat dan melayan panggilan telefon masuk dan keluar Hospital Beaufort dengan 3 kali deringan.

 

4. Perkhidmatan Kaunter

Melayan setiap pertanyaan pelanggan yang berurusan di Hospital Beaufort dengan ramah, mesra dan berhemah.

 

5. Hubungan Media

5.1 Nota Kepada Penyunting (jika perlu).

Dikeluarkan kepada media selewat-lewatnya tiga (3) hari sebelum tarikh majlis berlangsung.

 

5.2 Kenyataan Akhbar (jika perlu).

Dikeluarkan kepada media mengikut masa yang diputuskan oleh Pengarah Hospital.

 

5.3 Sidang Media (jika perlu).

Akan diatur / urus tiga (3) sehari sebelum majlis berlangsung.

 

6. Laporan Bulanan Aduan dan Laporan Analisa Aduan.

Menyediakan dan menghantar Laporan Bulanan Aduan setiap 5hb setiap bulan dan Laporan Analisa Aduan setiap suku tahun semasa.

 

Kalendar
November 2017
Ah Is Se Ra Kh Ju Sa
      1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30    
Carian
 
Hak Cipta Terpelihara © Hospital Beaufort 2017 Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

PENAFIAN
Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.