Hospital Beaufort | A+ A A- | Biru Ungu Hijau Oren Merah
Masa Melawat

Isnin - Jumaat

12.30pm - 2.00pm
4.30pm - 7.30pm

 

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
12.30pm - 7.30pm

Media Sosial
FacebookFeed

Informasi > Info Laman Web > Unit Wad Bersalin

Unit Wad Bersalin

LOKASI

Iaitu terletak di Blok E di bahagian bawah Dewan Bedah.

 

OBJEKTIF

  • Menentukan pentadbiran wad berjalan dengan cekap, licin dan berkesan
  • Memenuhi keperluan dan keselesaan pelanggan selaras dengan budaya korporat yang menggalakkan satu perkhidmatan penyayang.
  • Memberi dorongan , tunjuk ajar dan latihan kepada anggota dalam perkhidmatan dalam menentukan dan menjamin perawatan ke tahap optima dan mengekalkan  kejayaan Proram Inisiatif Hospital Rakan Bayi.
  • Mempastikan  kelahiran yang selamat untuk ibu dan bayi dan mengelakkan jangkitan dan komplikasi kepada ibu-ibu semasa kelahiran.
  • Untuk meningkatkan mutu dan imej perkhidmatan di Bilik bersalin dengan melibatkan  suami bersama isteri semasa melahirkan bayi.

 

 VISI

Memberi perkhidmatan yang berkualiti, mesra dan beretika dengan menekankan aspek promotif, kreatif dan inovatif bagi keperluan dan ekpektasi pelanggan.

 

MISI

Meningkatkan kualiti perawatan pesakit ke tahap yang optima melalui pembangunan kerjaya kejururawatan yang profesional, penyayang dan semangat bepasukan.

 

SKOP PERKHIDMATAN

  • Wad bersalin  - memberi penjagaan dan perawatan ibu yang hendak bersalin  seperti kes Antenatal, ‘PIH’ , Anemia, ‘Premature Contraction’  dan juga penjagan  ibu-ibu selepas bersalin.
  • Memberi perkhidmatan Rakan Suami dan mengimplementasikan Polisi Penyusuan Susu Ibu kepada semua ibu-ibu selepas bersalin.
  • Memberi imunisasi kepada bayi – bayi mengikut Jadual yang ditetapkan oleh Kementerian.
  • Memberi pendidikan kesihatan kepada ibu – ibu sebelum dan semasa melahirkan sebelum ibu discaj dari Hospital.
  • Untuk kes-kes rujukan bersalin sebelum tiba (BBA) dalam masa 24 jam hendaklah terus ke wad Bersalin bersama bayinya. Dan bayi yang baru lahir  dengan komplikasi hendaklah dimasukkan ke Unit Paediatrik untuk rawatan selanjutnya.
  • Memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada pelatih Kolej Swasta , KKM dan kepada anggota yang menjalani pembelajaran secara PJJ.

 

PIAGAM PELANGGAN

  • Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbangrasa, hormat, bersopan-santun, jujur dan ikhlas serta akan diberikan rawatan, penjagaan yang berkualiti.
  • Setiap pesakit yang memerlukan rawatan khusus yang tidak terdapat di hospital ini akan dirujuk ke hospital lain yang sesuai.
  • Setiap pesakit diberi jaminan bahawa kerahsiaannya akan dipelihara semasa menerima rawatan.
  • Segala maklumat mengenai penyakitnya dan rawatannya akan dirahsiakan dan hanya boleh diberitahu kepada pihak tertentu dengan keizinannya tertakluk kepada undang-undang.
  • Setiap pesakit atau warisnya akan diberi penerangan yang jelas mengenai prosedur dan rawatan yang dicadangkan termasuk risiko dan pilihan yang lain.

 

DISCAJ

Setiap pesakit akan diberitahu mengenai discaj oleh pegawai perubatan semasa rondaan wad dibuat dan setiap pesakit akan diberi dokumen seperti berikut semasa discaj :

  • Kad temujanji ibu / bayi jika ada.
  • Kad klinik antenatal ibu kik / 1(a) / 96
  • Kad imunisasi bayi (pindaan 02/2011)
  • Rekod pemeriksaan kesihatan neonatal bppk / ssn
  • Borang akuan bersalin / sijil cuti sakit
  • Borang nota discaj
  • Borang "postnatal follow up" ke klinik
  • Surat rujukan jika ada
  • Borang maklumbalas intrapartum jika perlu
  • Ubat - ubatan

 

KEWAJIPAN PELANGGAN

Bagi memudahkan perlaksanaan piagam pelanggan dengan lebih berkesan adalah menjadi kewajipan pesakit untuk :

  • Mengemukakan kad pengenalan / pasport asal dan dokumen-dokumen berkaitan yang mempunyai maklumat yang tepat.
  • Mematuhi garispanduan serta peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak hospital.
  • Menggunakan kemudahan yang telah disediakan dengan penuh tanggungjawab.
 

Kalendar
November 2017
Ah Is Se Ra Kh Ju Sa
      1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30    
Carian
 
Hak Cipta Terpelihara © Hospital Beaufort 2017 Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

PENAFIAN
Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.