Hospital Beaufort | A+ A A- | Biru Ungu Hijau Oren Merah
Masa Melawat

Isnin - Jumaat

12.30pm - 2.00pm
4.30pm - 7.30pm

 

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
12.30pm - 7.30pm

Media Sosial
FacebookFeed

Informasi > Info Laman Web > Unit Sucihama dan Bekalan Steril

Unit Sucihama dan Bekalan Steril

LOKASI

Kedudukkan Unit Bekalan Steril (CSSU) adalah pada aras kedua dan berkongsi bangunan dengan Unit Dewan Bedah serta Wad Bersalin.

 

OBJEKTIF

Menyediakan perkhidmatan bekalan dan peralatan perubatan steril dengan tujuan mencegah dan mengawasi infeksi di hospital.

 

VISI

Unit bekalan steril akan menjadi pusat pensterilan utama melalui perkhidmatan yang cekap dan berteknologi sesuai yang mengutamakan kualiti dan mempastikan kepuasan pelanggan.

 

MISI

Menyediakan perkhidmatan bekalan dan pensterilan peralatan perubatan untuk memudahkan pelanggan menjalankan prosedur dengan lebih sistematik dan bermutu untuk menjamin dan mempertingkatkan lagi taraf kesihatan rakyat.

 

SKOP PERKHIDMATAN

  • Menerima, mencuci, memeriksa, membungkus, melabel dan mensteril peralatan dan bahan-bahan lain untuk kegunaan di unit-unit serta Wad berkenaan di Hospital.
  • Memproses pengsterilan peralatan yang diterima dari Klinik-klinik Kesihatan Luar Bandar.
  • Membekal pealatan/ bahan steril termasuk bekalan ‘soft dressing’ untuk kegunaan Unit/ Wad berkenaan di Hospital.
  • Memesan bekalan bahan-bahan mentah dan peralatan dari Stor Hospital atau Syarikat-syarikat pembekal.
  • Melipat, menyusun dan membungkus kain-kain Dewan Bedah mengikut jenis ‘linen packs’ yang diperlukan.
  • Mendapat sebutharga dari Syarikat-syarikat Pembekal mengenai peralatan-peralatan yang perlu dibeli.

 

KONSEP PEMBAHAGIAN ZON

Pengenalan

Konsep bahagian zon adalah ruang pengasingan kawasan bersih dan kotor bagi laluan petugas serta peralatan bertujuan mengelakkan kontaminasi  berulang.

 

STRUKTUR FIZIKAL

Zon 1 : BAHAGIAN PENERIMAAN.

Petugas yang memasuki kawasan ini perlu memakai pakaian khas mengikut ‘standard precaution’ yang telah ditetapkan untuk mengelak jangkitan kepada diri sendiri.

  • Menerima peralatan terpakai.
  • Menempatkan mesin dan peraltan mencuci.

 

Zon 2 : BAHAGIAN BERSIH

Petugas di kawasan ini perlu berpakaian lengkap dan bersih yang telah disediakan.

  • Menerima alatan yang bersih.
  • Menempatkan bahan pembungkus.
  • Bahan pembebat.

 

Zon 3 : BAHAGIAN PENSTERILAN.
Kawasan ini adalah zon terhad yang dikendalikan oleh anggota yang dilatih untuk menjalankan proses pensterilan.

  • Menempatkan mesin ‘Autoclave’ dan aksesori.

 

Zon 4 : BAHAGIAN PENYIMPANAN ALATAN STERIL.
Kawasan terhad untuk anggota yang terlibat bagi tugas-tugas pembekalan.

  • Menempatkan bahan-bahan steril.

 

DISKRIPSI  POLISI

Perkhidmatan Unit Bekalan Steril adalah seperti berikut :

 

  • Masa Pejabat : 8.00 am - 1.00 pm.

                             2.00 pm - 5.00 pm.

 

Kerja Lebih Masa- setiap kali cuti berturut-turut selama 3 hari.

On Call        -           semasa cuti hujung minggu dan hari Kelepasan Am.
                  -           membaca dan mencatit humidity 2 kali dalam sehari.

 

  • Masa penghantaran dan pengambilan peralatan dari wad/ Unit ialah:-

                        : 8.00 am - 9.30 am
                        : 2.00 pm - 3.30 pm.

  • Semua peralatan terpakai hendaklah dijirus oleh anggota wad/unit masing-masing sebelum dihantar ke CSSU.
  • Semua peralatan terpakai yang diterima dianggap ‘infectious’.
  • Setiap bungkusan set atau alat dilengkapkan dengan ‘indicator tape’ yang mengandungi tarikh luput.Peralatan yang dihantar dari KKIA Beaufort dan Klinik-klinik Kesihatan luar hendaklah dicuci bersih sebelum dibungkus dan seterusnya melalui proses pensterilan.
  • Bahan-bahan mentah untuk membuat ‘soft dressing’ dipesan daripada stor hospital kecuali ‘consumables’ yang khas seperti ‘crepe paper’, ‘paper pouch’, view pack dan lain-lain.
  • Linen bersih dan terpakai untuk prosedur di Wad/ Unit dikendalikan oleh Dobi ‘Concession company’ ‘off-site laundry’.
  • Proses pembersihan, pembungkusan dan pensterilan peralatan dan ‘soft dressing’ dilakukan di CSSU.
  • Semua kakitangan CSSU termasuk anggota ‘Concession Company’ yang mengendalikan pembersihan CSSU dan anggota yang lain hendaklah menggunakan ‘attire’ CSSU yang disediakan.
  • Orang Awam dan anggota yang tidak berkenaan dilarang masuk ke CSSU tanpa sebarang urusan rasmi.
  • Peralatan yang digunakan untuk mengendalikan pesakit yang menghidap penyakit berjangkit hendaklah direndam dengan ‘Sodium Hypochloride 1% tidak melebihi 10 minit untuk menggelakkan karat sebelum dihantar ke CSSU.
  • Prosedur disinfeksi dan sterilisasi mesti mematuhi garispanduan ‘Sterilization & Disinfection and Infection Control of MOH.

 

“KEY ASPECT OF WHOLE HOSPITAL POLICIES”

 

Perkhidmatan Domestik.

 

  • Aktiviti pemberihan CSSU dilakukan oleh anggota ‘Concession Company” mengikut jadual yang ditetapkan.
  • Pembuangan dan pelupusan sisa-sisa klinikal dan domestic akan dilakukan oleh anggota “Concession Company” mengikut garispanduan dan polisi pembuangan dan pelupusan sisa-sisa hospital.
  • Pengutipan linen kotor dilakukan oleh anggota Dobi “Concessio Company” mengikut jadual yang ditetapkan.
  • ‘Pest Control” akan dikendalikan oleh Concession Company.

 

Pergerakan Bekalan.

 

  • Bekalan barang-barang (bahan mentah)untuk ‘soft dressing’ dari Stor dan alat tulis dari Pejabat Am diambil oleh anggota CSSU.
  • Semua kain bersih dipesan oleh anggota CSSU manakala penghantarannya dilakukan oleh anggota ’Concession Company ‘ mengikut jadual.
  • Peralatan terpakai atau luput tarikh dari unit/ wad akan diterima di Zon 1.
  • Bekalan peralatan steril dikutip oleh anggota wad/ unit masing-masing mengikut jadual yang diteptapkan daripada kaunter penterahan alat steril.

 

“Reject Linen” akan dikembalikan dengan mengisi borang       

 

Penyelenggaraan.

 

  • Pembersihan mesin autoklaf dilakukan secara rutin setiap hari bekerja.
  • Semua PPM dilakukan oleh anggota ‘Concession Company’ mengikut jadual atau bila-bila perlu.
  • Anggota CSSU bertanggungjawab menjaga dan mengganti alat-alat yang telah rosak untuk kegunaan merawat pesakit di wad/unit.
  • Anggota CSSU bertanggungjawab untuk mengemaskini Daftar Inventori dan Harta Modal.

 

Keselamatan.

 

  • Selepas waktu bekerja, anggota CSSU bertanggungjawab untuk mengunci dan menyimpan kunci dengan selamat di peti kunci dan tempat-tempat khas yang dikenalpasti.
  • Anggota CSSU perlu mengetahui tatacara penggunaan sebelum sesuatu peralatan atau mesin digunakan terutama sekali yang mempunyai ciri-ciri berbahaya.
  • Jika terdapat atau berlaku sesuatu kecacatan sebelum atau semasa mesin atau peralatan yang menggunakan kuasa  elektrik atau stim, kejadian ini perlu dilaporkan kepada pihak ‘Concession company’ untuk tindakan lanjut.Peralatan atau mesin tersebut hanya akan digunakan semula setelah diperbaiki atau diganti.
  • Anggota yang mengendalikan loji termasuk mesin autoklaf dan anggota yang ditugaskan di Zon 1 akan menggunakan alat perlindungan diri(PPE) yang sesuai seperti sarung tangan,’face shield’ goggles, apron dan ‘boot’ getah.
  • Semua anggota perlu memahami Pelan Tindakan Pengosongan Semasa Kebakaran dan tatacara penggunaan alat pemadan api atau penggulungan hos untuk kebakaran.

 

Pengawalan Infeksi.

 

Perlaksanaan ‘Sterilization And Disinfection’ adalah berpandukan kepada ‘Disinfection And Sterilization Policy And Practice MOH’.


  • Protokol dan Prosedur.

 Anggota perlu memahami serta mengamalkan prosedur kerja yang sedia ada.Segala pindaan protocol atau prosedur akan dikemaskini segera dan dimaklumkan kepada anggota.

 

PIAGAM PELANGGAN

  • Peralatan yang dihantar ke Unit Sucihama akan dijaga dengan baik.
  • Semua peralatan yang diproses selamat untuk digunakan oleh pesakit.
  • Sentiasa mengamalkan dan mengekalkan kualiti pemerosesan peralatan.

 

 

Senarai Pekeliling
Senarai Pekeliling
Pautan

Pekeliling/Surat Pekeliling KKM

Pekeliling Perbendaharaan

Surat Pekeliling

Perbendaharaan

Pekeliling AM JPM

Pekeliling JPA

Surat Edaran JPA

1Pekeliling Perbendaharaan ( 1PP )
Pekeliling Kontrak Perbendaharaan
Pekeliling Pusat Sabah
Sistem Pengurusan Aset dan Stor
Pekeliling Mampu
Kalendar
Mac 2017
Ah Is Se Ra Kh Ju Sa
      1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31  
Carian
 
Hak Cipta Terpelihara © Hospital Beaufort 2017 Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

PENAFIAN
Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.