Hospital Beaufort | A+ A A- | Biru Ungu Hijau Oren Merah
Masa Melawat

Isnin - Jumaat

12.30pm - 2.00pm
4.30pm - 7.30pm

 

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
12.30pm - 7.30pm

Media Sosial
FacebookFeed

Informasi > Info Laman Web > Unit Pemulihan Carakerja

Unit Pemulihan Carakerja

LOKASI

Unit Pemulihan Carakerja terletak dalam bangunan Unit Fisioterapi berhadapan Unit Rekod dan Unit Kebajikan, bersebelahan Unit Hemodialisis.Unit ini tidak mempunyai bangunan sendiri dan sementara ditempatkan di Unit Fisioterapi. Unit ini mula beroperasi pada 01 Ogos 1998.

 

OBJEKTIF

Memberikan rawatan pemulihan yang efektif bertujuan mengembalikan pesakit ke tahap kefungsian dan kesihatan yang optimum dan dapat berdikari dalam kehidupan harian.

 

VISI

Memberikan perkhidmatan pemulihan yang berkualiti bagi memenuhi keperluan pelanggan.

 

MISI

Berusaha meningkatkan kualiti kerja dengan profesionalisme, kerja berpasukan dan budaya penyayang ke arah rawatan rehabilitasi yang cemerlang.

 

SKOP PERKHIDMATAN

  • Perkhidmatan Pemulihan Carakerja melibatkan rawatan pesakit dalam dan pesakit luar.
  • Perkhidmatan adalah mengikut waktu pejabat setiap hari dan ditutup pada hari Sabtu, hari Ahad dan kelepasan am.
  • Waktu rawatan adalah seperti berikut :                      
Isnin - Khamis
08.00 Pagi - 01.00 Petang

02.00 Petang - 05.00 Petang

Jumaat :

08.00 Pagi - 11.30 Pagi

02.00 Petang - 05.00 Petang

 

Antara perkhidmatan rawatan yang disediakan :-

  • Pemulihan kefungsian fizikal (Physical functional rehab)
    - julat pergerakan sendi, kekuatan, rehabilitasi tangan, ambulasi, stimulasi sensori.
  • Pemulihan kefungsian psikologikal (Psychological function rehab).
    - penilaian / stimulasi kefungsian kognitif / persepsi.
  • Pemulihan stimulasi aktiviti harian / penjagaan diri (ADL/self care rehab).      
  • Pemulihan konsep asas / latihan perkembangan (Basic concept/developemental rahab).

  - terapi permainan, stimulasi pra-pembelajaran, stimulasi pergerakan motor bahasa/personal social.

  • Pemulihan psikososial (Psychosocial rehab)
    - Kaunseling, terapi keluarga, terapi kelompok.
  • Alat bantuan / orthosis / pressure garment (aid and adaptation/splint/pressure garment).
  • Lawatan ke rumah / sekolah (Home/school visit)

 

Antara jenis kes yang menerima rawatan pemulihan carakerja :-

  • kes ortopedik
  • Kes medical
  • Kes surgical
  • Kes pediatric
  • Kes psikiatri

 

PIAGAM PELANGGAN

  • Semua pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbang rasa, hormat, bersopan santun dan ikhlas.
  • Kerahsiaan pelanggan akan dijaga.
  • Setiap pelanggan diberi jaminan bahawa kehormatan terpelihara semasa menjalani pemeriksaan dan rawatan.
  • Pendaftaran pelanggan dalam masa 5 minit.
  • Proses penilaian dan rawatan dalam masa 30 minit hingga 1 jam 30 minit.
  • Di akhir sesi rawatan :

     i)  Pelanggan di beri temujanji.

     ii) Pelanggan memahami tujuan dan matlamat program pemulihan.

 

Senarai Pekeliling
Senarai Pekeliling
Pautan

Pekeliling/Surat Pekeliling KKM

Pekeliling Perbendaharaan

Surat Pekeliling

Perbendaharaan

Pekeliling AM JPM

Pekeliling JPA

Surat Edaran JPA

1Pekeliling Perbendaharaan ( 1PP )
Pekeliling Kontrak Perbendaharaan
Pekeliling Pusat Sabah
Sistem Pengurusan Aset dan Stor
Pekeliling Mampu
Kalendar
Mac 2017
Ah Is Se Ra Kh Ju Sa
      1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31  
Carian
 
Hak Cipta Terpelihara © Hospital Beaufort 2017 Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

PENAFIAN
Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.