Hospital Beaufort | A+ A A- | Biru Ungu Hijau Oren Merah
Masa Melawat

Isnin - Jumaat

12.30pm - 2.00pm
4.30pm - 7.30pm

 

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
12.30pm - 7.30pm

Media Sosial
FacebookFeed

Informasi > Info Laman Web > Unit Hasil

Unit Hasil

OBJEKTIF CAWANGAN PENGURUSAN HASIL

Memberi sokongan kewangan kepada program dan aktiviti Kementerian Kesihatan melalui pelaksanaan dasar hasil berasaskan prosedur-prosedur, arahan-arahan dan pekeliling-pekeliling kewangan yang ditetapkan. Tumpuan diberikan kepada pengujudan sistem kutipan hasil yang berkesan yang boleh menambahkan hasil dan sumber kewangan kerajaan.

 

OBJEKTIF UNIT HASIL

  • Memastikan semua caj hospital telah dibayar / dikecualikan.
  • Membuat kawalan ke atas hasil hospital dan buku tunai.
  • Membuat kawalan terhadap resit-resit yang belum dan telah digunakan.
  • Memastikan kutipan hasil dibankkan setiap hari.
  • Memastikan tunggakan hasil diselenggarakan dengan kemaskini.

 

PIAGAM PELANGGAN

  • Setiap pelanggan yang datang berurusan akan dilayan dengan sopan, hormat, bertimbangrasa, mesra dan berhemah.
  • Bayaran caj dikenakan berdasarkan Akta Fi (Perubatan) Pindaan 1994 dan 2003 (Warga Asing).
  • Pengecualian bayaran akan diberikan kepada pesakit yang layak sahaja dan dirujuk ke Pegawai Kerja Sosial, jika perlu.

 

Perkara
Masa diambil
Penyediaan bil hospital online atau manual 15 minit
Terima bayaran dan Resit Rasmi dikeluarkan secara online atau manual5 minit
Bayaran balik baki wang deposit hospital (dari penyerahan Resit asal)10 minit
Pengecualian bayaran penuh atau sebahagian10 minit
Pengeluaran surat akuan jabatan (e-GL melalui HRMIS)10 minit

 

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK PENGECUALIAN BAYARAN :

  • Surat Akuan Jabatan atau Kad Pesara.
  • Surat Pengesahan Pelajar Sekolah (Warganegara sahaja).
  • Kad Bantuan Kebajikan.
  • Kad Orang Kurang Upaya (OKU).
  • Kad Penderma Darah (mengikut kelayakan tarikh akhir dan bilangan kali menderma - diri sendiri sahaja).
  • Borang Penyakit Berjangkit - disahkan oleh doktor (Warganegara dan Warga Asing).
  • Borang / Surat Pengesahan Tahanan Polis dan Imigresen.

 

NOTA PENTING !!

Setiap pelanggan yang membuat bayaran perlu memastikan menerima Resit Rasmi cetakan online atau manual dan memeriksa baki wang yang diterima adalah betul.

 

Kalendar
November 2017
Ah Is Se Ra Kh Ju Sa
      1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30    
Carian
 
Hak Cipta Terpelihara © Hospital Beaufort 2017 Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

PENAFIAN
Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.