Hospital Beaufort | A+ A A- | Biru Ungu Hijau Oren Merah
Masa Melawat

Isnin - Jumaat

12.30pm - 2.00pm
4.30pm - 7.30pm

 

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
12.30pm - 7.30pm

Media Sosial
FacebookFeed

Informasi > Profil Jabatan > Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan

Kami kakitangan hospital berjanji untuk berusaha memberi perkhidmatan perubatan mengikut prinsip-prinsip berikut :-

 

KEMUDAHAN UNTUK PELANGGAN

  • Setiap pelanggan akan diberi rawatan perubatan sewajarnya yang berkualiti di hospital ini tanpa mengira umur, jantina, agama atau taraf sosio-ekonomi.
  • Setiap pelanggan yang ditakrifkan sebagai dalam keadaan kecemasan akan diberi perkhidmatan dengan segera.
  • Setiap pesakit yang memerlukan rawatan khusus yang tidak terdapat di hospital ini akan dirujuk kepada hospital lain yang sesuai.

 

TARAF PERKHIDMATAN

  • Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbang rasa, hormat dan bersopan-santun, jujur dan ikhlas.
  • Setiap pelanggan akan diberi perkhidmatan sebaik mungkin secara profesional.
  • Setiap pelanggan akan disediakan dengan kemudahan dan persekitaran yang bersih dan sempurna.

 

MAKLUMAT PERKHIDMATAN

  • Setiap pesakit diberi jaminan bahawa kehormatannya akan terpelihara semasa menerima rawatan. Segala maklumat mengenai penyakit dan rawatan akan dirahsiakan dan hanya boleh diberitahu kepada pihak tertentu dengan kebenarannya tertakluk kepada undang-undang.
  • Setiap pesakit akan diberi penerangan yang jelas mengenai prosedur dan rawatan yang dicadangkan termasuk risiko dan pilihan yang lain.

 

PENDIDIKAN KESIHATAN

  • Setiap pelanggan akan diberi maklumat mengenai aspek-aspek penting dari segi rawatan kesihatan dan pencegahan penyakit.

 

KEWAJIPAN PELANGGAN

Untuk membolehkan hospital melaksanakan piagam ini dengan berkesan, pesakit adalah berkewajipan untuk :-

 

  • Mengemukakan dokumen seperti kad pengenalan atau surat beranak atau surat rujukan dan butir-butir peribadi yang tepat semasa pendaftaran.
  • Mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan.
  • Menjaga kesihatan dirinya dan masyarakat dengan mengamalkan cara hidup yang sihat.
  • Menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan secara bertanggungjawab.
 

Kalendar
September 2017
Ah Is Se Ra Kh Ju Sa
          1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
Carian
 
Hak Cipta Terpelihara © Hospital Beaufort 2017 Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

PENAFIAN
Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.