Logo Jabatan
Logo Hospital Beaufort telah direka oleh Encik Julius Stephen, Juru X-Ray (U29) pada tahun 2002. Logo ini dicipta sempena program Persijilan Akreditasi Hospital Beaufort.
Logo ini telah dipilih sebulat suara dalam mesyuarat ketua-ketua unit Hospital Beaufort sempena pertandingan mencipta logo hospital.
Reka bentuk dan warna logo ini adalah berdasarkan warna bendera Malaysia dan diselitkan bersama slogan Budaya Korporat Kementerian Kesihatan Malaysia serta slogan Hospital Beaufort.