Unit Promosi Kesihatan
OBJEKTIF
- Untuk memberikan perkhidmatan pendidikan pesakit yang berkesan dan berkualiti ke arah perubahan tingkahlaku kesihatan yang positif.
- Untuk berfungsi sebagai pusat sumber pendidikan pesakit "One Stop Centre" di Hospital.
- Untuk memastikan keberkesanan perkhidmatan perawatan pesakit di Hospital khususnya dapat dilaksanakan melalui kemudahan dan kepakaran perubatan dan promosi kesihatan.
VISI
Unit Promosi Kesihatan akan beroperasi sebagai satu unit yang memberi perkhidmatan pendidikan dan promosi kesihatan yang berpaksi kepada perubahan tingkahlaku kesihatan yang positif.
MISI
Komited dan sentiasa berusaha mewujudkan suasana perubahan tingkahlaku kesihatan yang positif ke arah peningkatan kualiti hidup yang tinggi.
PIAGAM PELANGGAN
1. Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbangrasa, hormat, bersopan-santun, jujur dan ikhlas.
2. Memberikan informasi kesihatan yang cepat, tepat dan terkini.
3. Memberi kemahiran yang relevan berdasarkan penyakit yang tertentu ke arah penubuhan tingkahlaku kesihatan yang positif.
4. Setiap pelanggan akan diberikan layanan berdasrkan ketetapan berikut :
- Sebarang permintaan peminjaman sesuatu bahan pameran akan diuruskan serta-merta.
- Penerbitan atau pencetakan sesuatu bahan pendidikan seperti risalah, flipchart dan poster akan disiapkan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh dihantar ke Unit Promosi Kesihatan.
- Tempahan backdrop / pengambilan gambar hendaklah dibuat seminggu sebelum acara diadakan.
KEWAJIPAN PELANGGAN
Untuk membolehkan piagam ini dilaksanakan dengan berkesan, pelanggan adalah berkewajipan untuk :
- Mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan.
- Menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan dengan penuh tanggungjawab.
- Menyediakan dan mengemukakan borang/surat.