Unit Pengimejan dan Diagnostik
VISI
Menyediakan perkhidmatan pengimejan yang berdiagnostik tinggi berlandaskan sistem kualiti yang memenuhi kepuasan pelanggan.
MISI
Perkhidmatan radiologi akan menjadi satu perkhidmatan yang cemerlang menggunakan teknologi yang sesuai dengan anggota yang berilmu, berjiwa murni dan peka kepada keperluan pelanggan berteraskan kualiti kerja berpasukan serta profesionalisme.
PIAGAM PELANGGAN
- Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbangrasa, hormat, bersopan-santun, jujur dan ikhlas.
- Setiap pesakit diberi jaminan bahawa kehormatannya terpelihara semasa menjalani pemeriksaan X-ray.
- Setiap pesakit akan diberi penerangan yang jelas mengenai prosedur pemeriksaan X-ray termasuk risikonya.
- Setiap pesakit yang memerlukan temujanji akan diberikan tarikh temujanji dan penerangan tentang persediaan sebelum pemeriksaan X-ray.
- Masa untuk pemeriksaan X-ray biasa dan mendapatkan filemnya adalah dalam masa 30 MIN.