Unit Kesihatan Awam
OBJEKTIF
Objektif Umum :
Menguruskan, merancang, melaksana dan menilai aktiviti program dalam aspek-aspek perkhidmatan kesihatan awam di hospital terutama dalam aktiviti kawalan penyakit berjangkit, keselamatan dan kualiti makanan, kesihatan persekitaran dan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
Objektif Khusus :
- Melaksanakan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 bagi melindungi pekerja / kakitangan daripada risiko semasa bekerja dengan mewujudkan Urusetia tetap bagi Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerja mengikut seksyen 30 (1). Akta tersebut memantau aktiviti keselamatan pekerja oleh setiap Unit atau Jabatan.
- Mencegah kejadian penyakit berjangkit (termasuk bawaan vektor) di kawasan Hospital.
- Menguatkuasakan undang-undang kesihatan awam seperti Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985, Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 1993, Akta Pencegahan & Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975.
- Memantau data-data berkaitan untuk dianalisa secara saintifik menggunakan kaedah epidemiologi.
- Merancang, mengatur dan menyelaras kerja-kerja pencegahan dan kawalan penyakit bawaan vektor seperti Demam Denggi / Demam Denggi Berdarah di hospital.
VISI
Menyediakan dan memberi perkhidmatan kesihatan yang cekap, cepat dan berkualiti yang bertaraf profesional setanding dengan arus perkembangan kesihatan dan teknologi terkini.
MISI
Mewujudkan kesedaran masyarakat terhadap nilai-nilai kesihatan yang sempurna bagi mencapai kualiti hidup yang optima dan mengelakkan kejadian-kejadian yang berkaitan dengan cara kerja di kalangan kakitangan.