Unit Pemulihan Carakerja
LOKASI
Unit Pemulihan Carakerja terletak dalam bangunan Unit Fisioterapi berhadapan Unit Rekod dan Unit Kebajikan, bersebelahan Unit Hemodialisis.Unit ini tidak mempunyai bangunan sendiri dan sementara ditempatkan di Unit Fisioterapi. Unit ini mula beroperasi pada 01 Ogos 1998.
OBJEKTIF
Memberikan rawatan pemulihan yang efektif bertujuan mengembalikan pesakit ke tahap kefungsian dan kesihatan yang optimum dan dapat berdikari dalam kehidupan harian.
VISI
Memberikan perkhidmatan pemulihan yang berkualiti bagi memenuhi keperluan pelanggan.
MISI
Berusaha meningkatkan kualiti kerja dengan profesionalisme, kerja berpasukan dan budaya penyayang ke arah rawatan rehabilitasi yang cemerlang.
SKOP PERKHIDMATAN
- Perkhidmatan Pemulihan Carakerja melibatkan rawatan pesakit dalam dan pesakit luar.
- Perkhidmatan adalah mengikut waktu pejabat setiap hari dan ditutup pada hari Sabtu, hari Ahad dan kelepasan am.
- Waktu rawatan adalah seperti berikut :
Isnin - Khamis |
08.00 Pagi - 01.00 Petang 02.00 Petang - 05.00 Petang |
Jumaat : |
08.00 Pagi - 11.30 Pagi 02.00 Petang - 05.00 Petang |
Antara perkhidmatan rawatan yang disediakan :-
- Pemulihan kefungsian fizikal (Physical functional rehab)
- julat pergerakan sendi, kekuatan, rehabilitasi tangan, ambulasi, stimulasi sensori.
- Pemulihan kefungsian psikologikal (Psychological function rehab).
- penilaian / stimulasi kefungsian kognitif / persepsi.
- Pemulihan stimulasi aktiviti harian / penjagaan diri (ADL/self care rehab).
- Pemulihan konsep asas / latihan perkembangan (Basic concept/developemental rahab).
- terapi permainan, stimulasi pra-pembelajaran, stimulasi pergerakan motor bahasa/personal social.
- Pemulihan psikososial (Psychosocial rehab)
- Kaunseling, terapi keluarga, terapi kelompok.
- Alat bantuan / orthosis / pressure garment (aid and adaptation/splint/pressure garment).
- Lawatan ke rumah / sekolah (Home/school visit)
Antara jenis kes yang menerima rawatan pemulihan carakerja :-
- kes ortopedik
- Kes medical
- Kes surgical
- Kes pediatric
- Kes psikiatri
PIAGAM PELANGGAN
- Semua pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbang rasa, hormat, bersopan santun dan ikhlas.
- Kerahsiaan pelanggan akan dijaga.
- Setiap pelanggan diberi jaminan bahawa kehormatan terpelihara semasa menjalani pemeriksaan dan rawatan.
- Pendaftaran pelanggan dalam masa 5 minit.
- Proses penilaian dan rawatan dalam masa 30 minit hingga 1 jam 30 minit.
- Di akhir sesi rawatan :
i) Pelanggan di beri temujanji.
ii) Pelanggan memahami tujuan dan matlamat program pemulihan.