Unit Perubatan Forensik Hospital Beaufort

Unit Perubatan Forensik

Pengenalan

Unit Perubatan Forensik Hospital Beaufort digelar sebagai Kamar Mayat sejak mula beroperasi pada tahun 1985 dan pada mulanya unit ini adalah di bawah penjagaan Unit Kecemasan dan Trauma. Sejak tahun 2012, Unit Perubatan Forensik beroperasi bersendirian sebagai salah satu unit di Hospital Beaufort. Unit ini beroperasi 24 jam untuk memberi perkhidmatan pengurusan jenazah dan bedah siasat.

Unit Perubatan Forensik terletak di Blok J bersebelahan dengan Unit Stor Farmasi.

Objektif

1. Membantu siasatan polis dalam kes kematian untuk menentukan dengan tepat mengapa dan bagaimana sesuatu kematian berlaku serta mengenalpasti identiti si mati.

2. Melakukan bedah siasat sebagai sebahagian daripada penyiasatan dalam kes-kes berikut :

  • Bunuh diri.
  • Kes kematian oleh haiwan, jentera, kemalangan.
  • Kematian yang meragukan.
  • Mayat yang dijumpai dan sebab kematian tidak diketahui.
  • Kes pembunuhan.
  • Kematian mengejut.
  • Kematian dalam tahanan polis atau di hospital sakit jiwa.
  • Melakukan bedah siasat dalam kes-kes klinikal untuk mengetahui dengan terperinci punca penyakit dan sebab kematian sebenar terutama bagi penyakit yang tidak diketahui.
  • Membantu polis dalam mengenalpasti identiti jenazah.
  • Membantu polis mengambil bahan sampel untuk siasatan kes medikolegal dan sebagai exhibit mahkamah.
  • Menyediakan laporan bedah siasat.
  • Mengurus mortuari.
  • Menguruskan jenazah yang tidak dituntut.
  • Memberi khidmat runding cara bagi kes Patologi Forensik, Klinikal Forensik dan pengambilan sampel untuk kes mahkamah.
  • Menjalankan pemeriksaan kes Klinikal Forensik yang dirujuk dan menyediakan laporan perubatan untuk tujuan urusan mahkamah.
  • Mengendalikan pengumpulan, penyimpanan dan penghantaran sampel ke makmal Jabatan Kimia.

Visi

Unit Perubatan Forensik memberikan perkhidmatan Forensik yang berkecuali, perkhidmatan perundangan perubatan (Medikolegal) yang efisien, lengkap dan kos efektif.

Misi

Bekerjasama secara berpasukan untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti, efisien, berkesan, prihatin dan mesra alam sekitar (environmentally friendly)

x