Unit Farmasi dan Logistik Hospital Beaufort

Unit Farmasi

Pengenalan
Unit Farmasi & Logistik terdiri daripada beberapa unit seperti Farmasi Ambulatori atau Pesakit Luar, Farmasi Pesakit Dalam dan Farmasi Logistik.

Farmasi Ambulatori memberikan perkhidmatan farmasi kepada pelanggan yang mendapat rawatan sebagai pesakit luar di hospital. Manakala Farmasi Pesakit Dalam memberi perkhidmatan kepada pesakit dalam dan pelbagai wad atau unit di hospital.

Farmasi Logistik pula bertanggungjawab dalam perolehan dan pembekalan ubat, bukan ubat, vaksin dan gas untuk kegunaan hospital dan klinik-klinik kesihatan di bawah Pejabat Kesihatan Kawasan Beaufort.

Objektif

  • Memastikan pelanggan mendapat bekalan ubat yang tepat dan betul, berkualiti, selamat dan berkesan.
  • Memberikan kefahaman terhadap ubat – ubatan serta mempertingkatkan pengetahuan kesihatan pelanggan
  • Menyediakan perkhidmatan perolehan dan pembekalan yang sistematik supaya bekalan ubat – ubatan dan bukan ubat mencukupi untuk pelanggan serta tiada pembaziran

Visi
Memberi perkhidmatan Farmasi & Logistik yang optima untuk mencapai kesihatan yang baik

Misi
Menyediakan perkhidmatan Farmasi & Logistik yang berkualiti, memenuhi keperluan pelanggan dan dapat meningkatkan pengetahuan tentang penjagaan kesihatan

Skop Perkhidmatan

Farmasi Ambulatori

  • Perkhidmatan pendispensan ubat/ ubat psikotropik kepada pesakit dari Jabatan Pesakit Luar, Unit Kecemasan & Trauma, pesakit discaj dari wad serta pesakit dari lain-lain Fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
  • Perkhidmatan Tambah Nilai (Value Added Services) seperti Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu (SPUB) dan kad temujanji.
  • Perkhidmatan Medication Therapy Adherence Clinic (MTAC) untuk membantu pesakit kronik bagi meningkatkan kepatuhan terhadap ubat-ubatan iaitu MTAC DM dan MTAC Warfarin

Farmasi Pesakit Dalam

  • Perkhidmatan bekalan ubat/ ubat psikotropik dan dadah merbahaya untuk kegunaan wad atau unit melalui sistem unit of use (UOU), unit of dose (UOD) dan bekalan floor stock.
  • Perkhidmatan Pendispensan ubat discaj secara tepi katil untuk pesakit dalam.
  • Perkhidmatan Farmasi Klinikal/ Wad.
  • Perkhidmatan sediaan galenikal (Internal / Eksternal) dan extemporaneous.
  • Perkhidmatan Pengeluaran dan Pra-bungkus.
  • Pemeriksaan Wad/ Unit.

Perkhidmatan umum

  • Perkhidmatan kaunseling / nasihat tentang ubat-ubatan kepada semua pesakit / waris secara individu atau berkumpulan mengikut garispanduan yang ditetapkan.
  • Perkhidmatan Farmakokinetik Klinikal/ TDM untuk pesakit luar dan pesakit dalam.
  • Perkhidmatan Atas Panggilan (Oncall).
  • Perkhidmatan maklumat ubat-ubatan dan racun untuk pesakit, pelanggan hospital dan anggota hospital.
  • Pelaporan dan pemonitoran Kesan Advers Ubat (Adverse Drug Reaction) dan vaksin (Adverse Event Following Immunisation) serta alahan ubat.

Farmasi Logistik

Perkhidmatan perolehan dan pembekalan stok ubat, bukan ubat, vaksin dan gas.

  • Perolehan
  • Penerimaan
  • Penyimpanan
  • Pembekalan
  • Pembayaran
  • Pemeriksaan Stok -Pengiraan Stor, Verifikasi stor, Pelarasan stok
  • Aduan Produk
  • Panggil balik produk
  • Pelupusan
  • Kehilangan dan hapus kira


Piagam Pelanggan

UNIT FARMASI PESAKIT LUAR
a) Memastikan ubat-ubatan yang betul dibekalkan tidak melebihi 30 minit
bagi preskripsi yang lengkap diterima.
b) Memastikan pelanggan yang berdaftar dengan Sistem Temujanji Farmasi mendapat bekalan ubat susulan pada tarikh yang dijanjikan.

UNIT FARMASI PESAKIT DALAM
a) Memastikan pembekalan ubat ke wad/unit bagi preskripsi / pesanan yang lengkap diterima dalam tempoh masa 1½ jam dalam waktu pejabat.

UNIT FARMASI LOGISTIK
a) Membekalkan item standard kepada pemesan tidak melebihi 7 hari bekerja selepas pesanan yang lengkap diterima.
b) Membekalkan item bukan standard kepada pemesan selepas pesanan yang lengkap diterima, tidak melebihi 7 hari bekerja selepas bekalan diterima di Unit Farmasi Logistik.

Waktu Perkhidmatan

Unit Farmasi beroperasi di Unit Farmasi Pesakit Luar, Unit Farmasi Pesakit Dalam dan Farmasi Mini Kecemasan selepas waktu pejabat.

Waktu perkhidmatan Unit Farmasi

HARI BERKERJA MASA
(Unit Farmasi)
MASA
(Farmasi Mini Kecemasan)
Isnin - Jumaat 7:30 pagi – 5:00 petang 5:00 petang – 7.30 pagi

Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan Am
8:00 pagi – 4:00 petang 4:00 petang – 8.00 pagi


Waktu Perkhidmatan Unit Farmasi Logistik

HARI BERKERJA MASA (Waktu Pejabat)
Isnin - Khamis 7:00 pagi – 1:00 petang
2:00 petang – 5:00 petang
Jumaat 7:00 pagi – 11:30 pagi
2:00 petang – 5:00 petang

x