Unit Pemulihan Carakerja Hospital Beaufort

Unit Pemulihan Cara Kerja

Pengenalan

Unit Pemulihan Cara Kerja Hospital Beaufort mula beroperasi pada tahun 1998 dan di awal penubuhannya, unit ini hanya dikendalikan oleh seorang Jurupulih Perubatan Carakerja gred U29. Ruang rawatan serta pejabat terletak di blok C (bersebelahan Unit Radiologi) dan dikongsi bersama unit Fisioterapi.

Pada tahun 2004, Unit Pemulihan Cara Kerja Hospital Beaufort telah mendapat pertambahan jawatan 1 Jurupulih Carakerja (kanan) U32 dan 3 orang Jurupulih Carakerja U29. Selain itu, unit ini juga mendapat penambahan 1 bilik pejabat dan 2 bilik rawatan untuk kes fizikal dan pediatrik.

Skop perkhidmatan Unit Pemulihan Carakerja diluaskan dengan memberi rawatan pemulihan ke Klinik Kesihatan Kuala Penyu dan Hospital Sipitang pada masa tersebut.

Unit ini bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan Pemulihan Carakerja kepada pesakit yang dirujuk dari jabatan pesakit luar dan dalam hospital Beaufort, Klinik Kesihatan kawasan Beaufort, Membakut, Klinik/Hospital Swasta, Hospital Pakar, Pusat Pemulihan dalam Komuniti (PDK) serta hospital-hospital lain diseluruh Malaysia secara amnya memandangkan Hospital Beaufort merupakan satu-satunya hospital tanpa pakar di Sabah yang mempunyai Wad Rehabilitasi; yang mana wad tersebut merupakan yang ke 2 kewujudannya selepas Hospital Queen Elizabeth 1.

Setelah 17 tahun beroperasi dan seiring dengan peningkatan beban kerja, unit ini kini mempunyai penambahan jawatan dan dikendalikan oleh seorang Pegawai Pemulihan Perubatan Carakerja U41, dibantu oleh 2 orang Jurupulih Carakerja (kanan) U32 dan 5 jawatan Jurupulih Carakerja U29.

Objektif

Memberi peluang kepada pelanggan untuk mengambil bahagian dalan kerja-kerja atau aktiviti rawatan yang berfaedah dari peringkat awal melalui penilaian kebolehan sedia ada dan limitasi klien terhadap penjagaan diri dan pengurusan persekitarannya.

Dengan ini, Jurupulih Carakerja dapat menentukan rawatan pemulihan yang efektif dan bersesuaian dengan keperluan klien dan seterusnya membantu pelanggan mencapai tahap keberdikarian/kefungsian yang optimum dalam aspek penjagaan diri sendiri/orang lain dalam kehidupan hariannya; disamping melakukan aktiviti riadah bagi memenuhi masa lapang dengan cara yang berfaedah.

Visi

Menjadi pusat rawatan Pemulihan Rehabilitasi (Pemulihan Carakerja) yang berkualiti, cemerlang dan terunggul di Zon Pedalaman Bawah Sabah.

Misi

Memberi kepuasan pelanggan secara berterusan dan menyeluruh melalui perkhidmatan yang cemerlang, berkualiti, beretika, cekap dan professional; serta menyediakan suasana yang selamat serta kepentingan peribadi dilindungi, bagi memenuhi kehendak dan ekspektasi pelanggan.

Skop Perkhidmatan

PENILAIAN DAN PEMULIHAN FUNGSI ANGGOTA.
Program rehabilitasi yang fokus kepada pemulihan kefungsian anggota atas dan bawah selepas berlakunya kecederaan yang mengakibatkan limitasi dan gangguan kefungsian klien. Ini merangkumi julat pergerakan, tonus otot dan kekuatan setiap sendi yang terlibat secara spesifik.

PENILAIAN DAN LATIHAN AKTIVITI SEHARIAN (ADL).

Aktiviti pemulihan yang bertujuan untuk mengekalkan atau meningkatkan kefungsian klien dalam melakukan aktiviti-aktiviti harian. Contoh; memakai pakaian, mandi, makan, minum, penjagaan diri dan sebagainya. 2 kategori ADL iaitu; BASIC ADL–Penjagaan diri sendiri dan DOMESTIC ADL–Care of others.

PENILAIAN DAN LATIHAN AKTIVITI DOMESTIK.

Program pemulihan yang member tumpuan terhadap mengembalikan kefungsian individu untuk melaksanakan aktiviti domestik seperti penyediaan makanan, pengurusan pakaian, pembersihan rumah, pembelian barang keperluan harian dan sebagainya.

PROGRAM LAWATAN KERUMAH/SEKOLAH/TEMPAT KERJA.

Program intervensi yang memfokuskan terhadap pengubahsuaian fasiliti yang disarankan oleh Jurupulih Carakerja bagi membolehkan klien mampu untuk masuk dan bergerak di dalam rumah selepas mengalami kecederaan (contoh: pengguna kerusi roda atau alat bantuan lain).

PENILAIAN DAN LATIHAN PEKERJAAN.

Program pemulihan yang memfokuskan kepada penilaian dan pemulihan yang berkaitan dengan pekerjaan asal termasuklah aktiviti rutin pekerjaan dan penilaian serta modifikasi persekitaran/fasiliti agar klien mampu berfungsi secara optima.

PENILAIAN DAN PEMULIHAN KOGNITIF/PERSEPSI.

Aktiviti pemulihan yang member penekanan terhadap penilaian dan intervensi kefungsian kognitif/persepsi kesan selepas kecederaan yang dialami oleh klien. Penilaian dan proses pemulihan yang spesifik dan kompleks.

PENILAIAN DAN LATIHAN KERUSI RODA.

Perkhidmatan pemulihan yang berkonsepkan mengenai pengetahuan serta penggunaan kerusi roda. Pendidikan mengenai jenis kerusi roda yang bersesuaian dengan seseorang klien, teknik maneuver yang betul serta langkah berjaga-jaga yang harus dititikberatkan. Juga memfokuskan terhadap latihan penggunaan kerusi roda serta melaksanakan adaptasi dan modifikasi terhadap kerusi roda yang asas.

PENILAIAN DAN PEMULIHAN JANTUNG.

Rehabilitasi kardiak yang komprehensif merangkumi penilaian dan pemulihan kefungsian fizikal. Aplikasi pakaian tekanan (chest hugger) selepas pembedahan bagi elakan pengembangan jantung yang berlebihan.

PENILAIAN DAN LATIHAN KEFUNGSIAN TANGAN

Program penilaian dan latihan semula kefungsian tangan selepas mengalami kecederaan. Merangkumi julat pergerakan, kekuatan dan deria rasa di kawasan yang terlibat.

PENILAIAN DAN PEMULIHAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK.

Perkhidmatan yang fokus kepada penilaian, perancangan dan intervensi secara spesifik terhadap perkembangan kanak-kanak terbantut atau mempunyai masalah perkembangan yang normal. Salah satu pendekatan yang digunakan untuk program ini ialah ’Early Intervention Programme’. Menggabungkan konsep ransangan perkembangan (developmental stimulation), ‘multi-sensory stimulation’, fine & gross-motor training dan ‘play-therapy’.

PENILAIAN DAN RAWATAN PAKAIAN TEKANAN (PRESSURE GARMENT).

Mengunakan bahan yang dikenali sebagai kain lycra. Memberikan tekanan yang lebih kuat dan profundus. Sesuai bagi kes kelecuran pada kulit. Selain itu, sesuai untuk di ubahsuai bagi kes pembedahan post kardiak (Cardiac Rehabilitation), untuk dijadikan ‘Chest-Hugger’ dan ‘lumbar-corset’ bagi kes kecederaan korda spina.

PENILAIAN DAN RAWATAN SPLINTING.

Konsep pemulihan yang mengunakan bahan yang dikenali sebagai ‘ low-thermal thermoplastic splint. Bertujuan untuk:

  • Membetulkan atau mengelakkan deformiti pada sendi tulang.
  • Melindungi otot yang lemah daripada ‘overstretching’.
  • Menguatkan otot yang lemah dengan bantuan pergerakan (assistive motion).
  • Memberikan sokongan.
  • Mengekalkan posisi tangan yang sesuai selepas kelecuran (burn), pembedahan atau post skin grafting. Contoh; CTEV, CTCV, kecedaraan saraf, tendon cut, kepatahan tulang (fracture), hemiparesis, paraplegia dan sebagainya.
  • Memberikan preskripsi ortotik dan ortosis yang bersesuaian dengan seseorang pesakit berdasarkan kepada keperluannya.

Contoh; preskripsi cervical collar bagi kes kecederaan saraf spina; dan preskripsi ortosis (anggota tiruan) bagi kes-kes amputasi anggota atas atau bawah.

PENILAIAN DAN PEMULIHAN PSIKOLOGIKAL.

Merupakan program pemulihan psikososial bersama ahli IDT/MDT yang lain. Berkonsepkan lawatan kerumah klien atau kedatangan klien secara berkala ke unit Pemulihan Carakerja untuk tujuan pemulihan.

Kaedah pemulihan yang digunakan bagi merawat klien psikososial secara umum. Contoh; aktiviti seperti ‘Creative-Art’, ‘Music-therapy’, ‘Dance and Movement therapy’, ‘Drama-therapy’, ‘Origami’ dan sebagainya. Terapi kreatif lebih sesuai di implementasi kepada pesakit psikososial dan klien yang mempunyai masalah keyakinan diri, personaliti dan konflik dalaman.

PENILAIAN DAN PEMULIHAN SENSORI

Teknik pemulihan yang bertujuan untuk mengembalikan kefungsian sensori klien dengan menggunakan kaedah ‘ sensory-desensitization’, ‘sensory re-education’, ‘sensory stimulation’ dan ‘stereognosis training’.

PENILAIAN DAN MODIFIKASI TINGKAHLAKU.

Terapi pemulihan yang memfokuskan kepada tingkahlaku klien. Kaedah pendekatan yang digunakan ialah teknik ‘Behaviour-Modification technique’, ‘Social-skill training’, ‘Relaxation-therapy’, ‘Neurobiofeedback-training’, ‘Cognitive-Remediation therapy’, ‘Cognitive-Behavioural therapy’, ‘Stress-Management technique’ dan sebagainya.

PENILAIAN DAN LATIHAN PRA-SEKOLAH/SEKOLAH.

Suatu program rawatan yang menggunakan pendekatan tingkahlaku dan kognitif bagi melatih kanak-kanak yang mempunyai masalah melakukan aktiviti persekolahan. Penilaian secara menyeluruh dan spesifik dilakukan bagi mengenalpasti punca permasalahan pembelajaran klien.

PENILAIAN DAN LATIHAN MEMANDU.

Pendekatan kognitif/persepsi dan biomekanik merupakan komponen utama dalam aspek penilaian dan latihan semula dalam pemanduan. Kolaborasi dengan Jabatan Pengangkutan Jalan bagi menentukan jenis serta kesesuaian lesen memandu bagi klien yang ingin memandu selepas mangalami kecederaan.

PENILAIAN DAN CADANGAN ALAT BANTUAN/ADAPTASI/MODIFIKASI.

Membuat adaptasi dan modifikasi ke atas alat-alat untuk meningkatkan kefungsian fizikal klien supaya dapat berdikari dalam aktiviti hariannya. Contoh; membesarkan tangkai sudu bagi klien yang tidak boleh menggenggam saiz normal tangkai sudu, membuat ‘palmar-pocket’ untuk menulis dan makan (feeding and writing aids), ‘dressing-aids’ dan sebagainya.

PENILAIAN DAN RAWATAN EDEMA/LECUR.

Terapi yang berasaskan kepada konsep tekanan kepada suatu bahagian anggota atau badan bertujuan untuk mengelakkan bengkak (oedema) atau menghalang pembentukan keloid (hypertropic scarring). Teknik yang digunakan bagi pendekatan ini ialah ‘Scar-Management’, ‘Pressure-Garment’, ‘Anti-Embolism stocking regime’ dan kawalan oedema atau ‘Compression-Drainage’ untuk pesakit kanser.

Juga menggunakan sejenis kain yang elastik dan berbentuk tubular. Didatangkan dengan pelbagai saiz (saiz A – J) untuk dipakaikan kepada pesakit post surgical procedure, oedema dan vena-vericose.

PENILAIAN DAN LATIHAN KEMAHIRAN SOSIAL.

Penyaluran perkhidmatan pemulihan yang berkonsepkan penggalakkan klien melibatkan diri dalam integrasi sosial melalui pelbagai aktiviti secara berkumpulan. Contoh; ‘Psychodrama’, ‘Role-Play’, ‘Assertive-training’, ‘Self-mirror’, ‘Outing-activity’ secara berkumpulan dan sebagainya. Sesuai bagi klien yang mengalami masalah kognitif dan psikososial.

PENILAIAN DAN PENGURUSAN STRESS.

Konsep pemulihan yang mengaplikasikan teknik psikologikal bagi membantu klien mencari ketenangan dalaman. Membantu meningkatkan keyakinan dan sahsiah diri. Membantu klien meningkatkan kefungsian dalam aktiviti harian dan meningkatkan kualiti kehidupan.

Contoh teknik yang selalu digunakan ialah ‘Bio-feedback’, ‘Deep-Breathing’, ‘Relaxation technique’, ‘Imaginary-Relaxation technique’, ‘Progressive-Muscular-Relaxation technique’, dan ‘Jacobsonian-method’.

PENDIDIKAN PESAKIT/PENJAGA.

Bahagian ini memberi penekanan terhadap pendidikan kesihatan secara menyeluruh yang mana berkaitan dengan kondisi seseorang klien. Ini adalah termasuk juga pendidikan penjagaan pesakit semasa berada di hospital mahupun setelah di rumah.

PENILAIAN DAN EKSPLORASI AKTIVITI MASA LAPANG (PLAY AND LEISURE EXPLORATION).

Merupakan suatu pendekatan terhadap pemuliharaan atau eksplorasi terhadap aktiviti masa lapang dan pengisiannya.

Perlaksanaannya adalah berdasarkan kepada hasil penilaian yang telah dijalankan ( Interest checklist; Leisure Activity Checklist and Play/Leisure Activities Exploration ).

Intervensi pendekatan ini akan dilaksanakan melalui teknik ‘therapeutic-play activities’; ‘indoor/outdoor-leisure activities’;dan lain-lain.

PENILAIAN DAN PEMULIHAN INTEGRASI SENSORI.

Merupakan suatu teknik pemulihan yang dijalankan terhadap kanak-kanak yang mempunyai masalah perkembangan milestone; dari segi fizikal dan kognitif. Pendekatan juga berunsurkan ’Early Intervention Programme’. Yang menggabungkan konsep ransangan perkembangan (developmental stimulation), ‘multi-sensory stimulation’, fine & gross-motor training dan ‘play-therapy’.

PENILAIAN DAN PENDIDIKAN KHAS PESAKIT DIABETIS.

Program intervensi yang member penekanan terhadap penilaian sensori deria rasa sentuhan anggota bawah klien dan seterusnya memberikan pemulihan yang bersesuaian terhadap permasalahan secara spesifik. Juga menekankan kepada pendidikan terhadap teknik dan kepentingan penjagaan kaki di kalangan pesakit tersebut.

WORK / VOCATIONAL RE-TRAINING.

Return to Work Training – kaedah pemulihan yang mempunyai polisi atau bertujuan untuk memberikan manfaat kepada individu yang terdiri daripada:

  • Pekerja yang tercedera
  • Majikan
  • Institusi government seperti SOCSO yang membiayai dana gantirugi.
  • Perkaitan antara RTW dan bidang rehabilitasi yang akan memberi manfaat kepada pelanggan.
  • Mencegah kehilangan kefungsian.
  • Memperlahankan kadar kehilangan kefungsian bagi sesetengah kes.
  • Peningkatan atau pengekalan kefungsian.
  • Gantirugi bagi kehilangan kefungsian.
  • Penyelenggaraan kefunsian sedia ada.

x