Unit Dietetik dan Sajian Hospital Beaufort

Unit Dietetik dan Sajian

Pengenalan
Unit ini mula beroperasi pada tahun 1985. Fungsi Unit sajian pada masa itu adalah untuk menyediakan makanan yang sesuai dan berkualiti kepada pesakit yang dimasukkan ke hospital dan anggota yang berkelayakan.

Pada masa itu semua urusan pentadbiran Unit Sajian adalah di bawah penyeliaan Penolong Jururawat dan di bawah pentadbiran Ketua Jururawat. Pengurusan unit kemudian diambil alih oleh Penyelia Asrama N17 pada 5 Mei 1995 sehingga tahun 2005.

Pada 19 September 2005, seorang Pegawai Dietetik U41 telah ditempatkan di Hospital Beaufort. Dengan adanya Pegawai Dietetik, Unit Sajian telah ditukar kepada Unit Dietetik dan Sajian (UDS) kerana perkhidmatan dietetik telah diwujudkan.

Perkhidmatan dietetik yang bersifat sokongan klinikal merangkumi perkhidmatan kaunseling pemakanan serta perkhidmatan terapi pemakanan perubatan. Bermula pada masa itu, UDS memberi 2 perkhidmatan di hospital iaitu perkhidmatan dietetik dan perkhidmatan sajian.

Unit Dietetik dan Sajian di Hospital Beaufort terletak di bangunan Blok G, bersebelahan dengan Unit Stor Bekalan dan Pejabat Perkhidmatan Sokongan Hospital (HSS). Anggaran keluasan unit adalah 437 sq.m.

Objektif
Untuk memastikan perkhidmatan sajian dan perkhidmatan dietetik klinikal serta promosi kesihatan dilaksanakan secara profesional, berkualiti dengan mengutamakan keperluan pelanggan.

Visi
Unit Dietetik dan Sajian akan berusaha dalam perkembangan perkhidmatan dietetik klinikal dan sajian dengan mengamalkan pendekatan yang mengutamakan pesakit, inovasi, teknologi dan pengetahuan terkini ke arah peningkatan kualiti berterusan.

Misi
Unit Dietetik dan Sajian berusaha untuk:
a. Perkhidmatan dietetik

  • Membantu rawatan perubatan melalui perkhidmatan dietetik klinikal yang merangkumi promosi kesihatan, pencegahan, rawatan dan rehabilitasi berdasarkan amalan evidence-based di samping menyumbang kepakaran dalam bidang berkenaan.

b. Perkhidmatan sajian

  • Merancang penyediaan makanan dengan mematuhi keperluan nutrien, tatacara proses katering, prinsip kebersihan dan keselamatan makanan, bersesuaian dengan teknologi semasa serta berkualiti.
  • Melaksanakan sistem kualiti keselamatan makanan dengan mengamalkan prinsip Good Manufacturing Practice (GMP) dan Hazard Analysis and Critical Control Points (HACCP).
  • Melaksanakan sistem pengurusan dengan sempurna berdasarkan polisi-polisi, pekeliling-pekeliling dan arahan yang ditetapkan.

Skop Perkhidmatan

Unit Dietetik dan Sajian memberikan dan menyediakan perkhidmatan seperti berikut:

a. Perkhidmatan dietetik

  • Kaunseling pemakanan dan perkhidmatan medical nutrition therapy untuk pesakit yang dirujuk oleh doktor.
  • Perkhidmatan memberi ceramah, pendidikan berterusan dan khidmat pakar rujuk diberikan mengikut keperluan.
  • Memberi perkhidmatan dietetik klinikal pesakit luar di Hospital berdekatan yang tidak mempunyai perjawatan Pegawai Dietetik.

b. Perkhidmatan sajian

  • Menyediakan makanan secara sistem berpusat untuk diet teraputik dan sistem pukal untuk diet normal, dengan mematuhi keperluan nutrien, tatacara proses katering, prinsip kebersihan dan keselamatan makanan, bersesuaian dengan teknologi semasa serta berkualiti.
  • Penyediaan diet untuk pesakit dalam wad dan anggota yang berkelayakan seperti Mother Accompany Child (MAC), pesakit di Unit Hemodialisis, doktor bertugas atas panggilan.
  • Menyediakan produk enteral kepada pesakit mengikut preskripsi pegawai dietetik.
  • Memberi latihan praktikal catering kepada pelatih catering dari Institusi Pendidikan Tinggi mengikut keperluan dan kelulusan.

Piagam Pelanggan

Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan secara profesional, selamat, mesra, penyayang dan berkualiti:-

a. Perkhidmatan dietetik

  •  ≥ 90 % daripada pesakit dalam yang dirujuk mendapat perkhidmatan dietetik klinikal dalam tempoh masa 24 jam bekerja. ? Maklumat peribadi, penyakit dan rawatan yang diberikan kepada pesakit adalah dirahsiakan.

b. Perkhidmatan Sajian

  • ≥ 85 % daripada pesakit yang tinggal di wad berpuas hati dengan perkhidmatan makanan di hospital.
  • Kejadian pencemaran fizikal makanan yang disajikan kepada pesakit adalah ≤ 1 % dalam satu tahun.
  • Makanan yang disediakan adalah mengikut menu, bersih dan selamat dimakan.
  • Diet akan dibekalkan empat kali sehari mengikut masa edaran seperti berikut:
Hidangan Waktu Hidangan
Sarapan Pagi 7.45 pagi - 8.00 pagi
Makan Tengahari 12.00 tengahari -12.30 tengahari
Minum Petang 3.00 petang - 3.30 petang
Makan Malam 5.00 petang - 5.30 petang











x