Unit Promosi Kesihatan Hospital Beaufort

Unit Promosi Kesihatan

Pengenalan

Unit Promosi Kesihatan Hospital Beaufort adalah sebuah unit di bawah bahagian sokongan klinikal yang mengkoordinasi, merancang, mengurus, menyelaras, melaksanakan dan menilai program pendidikan dan promosi kesihatan di Hospital Beaufort. Ini adalah bertujuan untuk memudahcara pembinaan kemahiran dan perubahan tingkah laku kearah amalan cara hidup sihat dalam kalangan kakitangan hospital, pesakit dan orang awam.

Pendidikan pesakit merupakan aktiviti pendidikan yang dirancang untuk membantu menggalakkan amalan tingkah laku yang sihat di kalangan pesakit untuk mencegah komplikasi, mengawal penyakit dan membantu proses pemulihan.

Pendidikan pesakit selain mampu meningkatkan keupayaan pesakit untuk mengurus penyakit mereka, ianya juga boleh membantu pesakit untuk memahami penyakit, status kesihatan, rawatan dan kesan daripada penyakit berkenaan. Dalam erti kata lain, pendidikan pesakit bertujuan memperkasakan pesakit untuk membuat keputusan/pilihan rawatan dalam proses rawatan, penyembuhan dan pemulihan bagi mengurangkan komplikasi penyakit berkenaan.

Objektif

  • Untuk memberikan perkhidmatan pendidikan pesakit yang berkesan dan berkualiti ke arah perubahan tingkahlaku kesihatan yang positif.
  • Untuk berfungsi sebagai pusat sumber pendidikan pesakit "One Stop Centre" di Hospital.
  • Untuk memastikan keberkesanan perkhidmatan perawatan pesakit di Hospital khususnya dapat dilaksanakan melalui kemudahan dan kepakaran perubatan dan promosi kesihatan.

Visi

Unit Promosi Kesihatan akan beroperasi sebagai satu unit yang memberi perkhidmatan pendidikan dan promosi kesihatan yang berpaksi kepada perubahan tingkahlaku kesihatan yang positif.

Misi

Komited dan sentiasa berusaha mewujudkan suasana perubahan tingkahlaku kesihatan yang positif ke arah peningkatan kualiti hidup yang tinggi.

x