Unit Kejururawatan Hospital Beaufort

Unit Kejururawatan

Pengenalan
Unit Kejururawatan Hospital Beaufort merupakan unit yang bertanggungjawab kepada penyeliaan dan pemantauan semua aktiviti perkhidmatan melibatkan Kejururawatan di Hospital Beaufort

Unit Kejururawatan membantu dalam menetapkan piawaian perawatan oleh perkhidmatan Kejururawatan yang berkualiti, berkesan serta selamat kepada masyarakat setempat samada perawatan pesakit dalam mahupun perawatan pesakit luar secaraamnya.

Unit ini juga dipertanggungjawabkan untuk menyelaras dan menyelia Pembantu Perawatan Kesihatan di Hospital Beaufort

Objektif

  • Meningkatkan produktiviti Kejururawatan dalam latihan dan perkhidmatan.
  • Menjana sumber-sumber teknologi dan pengetahuan yang baru serta service intensive, ICT dan kepakaran Kejururawatan.
  • Memperkukuhkan sistem pentadbiran Kejururawatan dalam organisasi.

Visi

Bersama-sama mengembleng tenaga untuk perkhidmatan perawatan Kejururawatan kearah yang lebih baik melalui kecemerlangan profesion kejururawatan.

Misi

  • Memajukan profesion Kejururawatan ketahap yang lebiht inggi.
  • Meningkatkanilmu pengetahuan dan inovas iserta mendidik mentaliti kelas pertama.
  • Mengurusisu-isukejururawatan secara konstruktif dan inovatif.
  • Menambahbaik dan mengekalkan piawaian kualiti perkhidmatan Kejururawatan.
  • Mengukuhkan mekanisma implementasi dan pemantauan perkhidmatan Kejururawatan


Skop Perkhidmatan

Pengurusan anggota Kejururawatan dalam semua kategori dan Gred.

  • Penguatkuasaan semua jenis Akta dan Amalan berkaitan Kejururawatan.
  • Penyeliaan dan pemantauan terhadap kepatuhan kepada semua jenis amalan Kejururawatan.
  • Pengawalan mutu perawatan perkhidmatan pesakit dalam berpandukan Standard Operating Procedures iaitu memastikan protokol dan Garis panduan dalam Prosedur Kejururawatan dipraktikkan.
  • Menyelaras dan memastikan Program aktiviti Kualiti Unit Kejururawatan di laksanakan. Dan jika ada kelemahan tindakan penambahbaikan diambil.
  • Menyelaras dalam kawalan infeksi disemua kawasan klinikal di Hospital.
  • Pengurusan kerjaya anggota Kejururawatan dari segi latihan, hadir berkursus serta mengikuti kursus sub kepakaran (Pos Basik) dalam semua disiplin yang diperlukan dalam Hospital.


Falsafah Kejururawatan

  • Kami percaya pesakit berhak mengharapkan anggota kejururawatan yang berkelayakan melalui pembelajaran, pengalaman kewibawaan diri untuk menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab.
  • Kami percaya pesakit berhak mengharapkan rawatan kejururawatan yang menyeluruh demi mencapai tahap kesihatan yang maksima.
  • Kami percaya pesakit berhak mengharapkan perancangan dibuat bersama pesakit dan keluarga supaya rawatan kejururawatandan lain-lain rawatan berterusan sepanjang keperluannya.
  • Kami percaya bahagian kejururawatan ialah tempat bagi pelatih-pelatih kejururawatan dan bahagian–bahagian yang berkaitan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kejururawatan.

Piagam Pelanggan

  • Memastikan semua jururawat Hospital Beaufort mempunyai Sijil Amalan Tahunan (APC) pada tahun semasa

Ikrar Kejururawatan

Kami Berikrar:
Akan Sentiasa Menjalan
Dan Menyempurnakan Segala Tugas Kami
Dengan Penuh Ikhlas Dan Taat,

Akan Menjauhi Diri Daripada
Segala Perkara Yang Boleh Mendatangkan Mudarat,
Akan Berikhtiar,Seberapa Yang Terdaya
Untuk Kami Meningkatkan Profesyen Kami

Akan Menyimpan Rahsia
Yang Diamanahkan Kepada Kami Juga,
Segala Perihal Keluarga Pesakit,
Yang Kami Ketahui Semasa
Memberikan Perkhidmatan

Dengan Segala Kejujuran
Dan Dengan Sedaya Upaya Akan
Berkerjasama Antara Satu Sama Lain

Dan Bersedia Menyumbang
Segala Tenaga Bagi Mencapai
Kesejahteraan Dan Kebajikan
Pesakit Dibawah Jagaan Kami

x