Unit Bekalan Bahan Steril Hospital Beaufort (CSSU)

Unit CSSU

Pengenalan

Unit Bekalan Bahan Steril (CSSU) Hospital Beaufort terletak pada aras kedua dan berkongsi bangunan dengan Unit Dewan Bedah serta Wad Bersalin. Unit ini menyediakan perkhidmatan pensterilan kepada Hospital Beaufort dan klinik-klinik kesihatan di sekitar Daerah Beaufort.

Objektif

Menyediakan perkhidmatan bekalan dan peralatan perubatan steril dengan tujuan mencegah dan mengawasi infeksi di hospital.

Visi

Unit bekalan steril akan menjadi pusat pensterilan utama melalui perkhidmatan yang cekap dan berteknologi sesuai yang mengutamakan kualiti dan mempastikan kepuasan pelanggan.

Misi

Menyediakan perkhidmatan bekalan dan pensterilan peralatan perubatan untuk memudahkan pelanggan menjalankan prosedur dengan lebih sistematik dan bermutu untuk menjamin dan mempertingkatkan lagi taraf kesihatan rakyat.

Skop Perkhidmatan

  • Menerima, mencuci, memeriksa, membungkus, melabel dan mensteril peralatan dan bahan-bahan lain untuk kegunaan di unit-unit serta Wad berkenaan di Hospital.
  • Memproses pengsterilan peralatan yang diterima dari Klinik-klinik Kesihatan Luar Bandar.
  • Membekal peralatan/ bahan steril termasuk bekalan ‘soft dressing’ untuk kegunaan Unit/ Wad berkenaan di Hospital.
  • Memesan bekalan bahan-bahan mentah dan peralatan dari Stor Hospital atau Syarikat-syarikat pembekal.
  • Melipat, menyusun dan membungkus kain-kain Dewan Bedah mengikut jenis ‘linen packs’ yang diperlukan.
  • Mendapat sebutharga dari Syarikat-syarikat Pembekal mengenai peralatan-peralatan yang perlu dibeli.

x