Unit Kesihatan Awam Hospital Beaufort

Unit Kesihatan Awam

Pengenalan

Unit Kesihatan Awam (UKA) Hospital Beaufort telah diwujudkan pada Disember tahun 2011 dengan dianggotai oleh seorang Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) dan seorang Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) dengan diselia oleh seorang Pegawai Perubatan.

UKA berperanan dalam membantu menyelaras perkhidmatan kesihatan yang praktik dan berkesan kepada anggota Hospital Beaufort serta pelanggan dalam bidang pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit agar tidak berlaku perebakan penyakit.

Unit ini secara tidak langsung menjadi penyelaras kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta Jawatankuasa Kawalan Denggi yang melibatkan ahli jawatankuasa daripada lain-lain unit / wad dalam Hospital Beaufort.

Objekftif

Objektif Umum :

Menguruskan, merancang, melaksana dan menilai aktiviti program dalam aspek-aspek perkhidmatan kesihatan awam di hospital terutama dalam aktiviti kawalan penyakit berjangkit, keselamatan dan kualiti makanan, kesihatan persekitaran dan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Objektif Khusus :

  • Melaksanakan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 bagi melindungi pekerja / kakitangan daripada risiko semasa bekerja dengan mewujudkan Urusetia tetap bagi Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerja mengikut seksyen 30 (1). Akta tersebut memantau aktiviti keselamatan pekerja oleh setiap Unit atau Jabatan.
  • Mencegah kejadian penyakit berjangkit (termasuk bawaan vektor) di kawasan Hospital.
  • Menguatkuasakan undang-undang kesihatan awam seperti Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985, Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 1993, Akta Pencegahan & Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975.
  • Memantau data-data berkaitan untuk dianalisa secara saintifik menggunakan kaedah epidemiologi.
  • Merancang, mengatur dan menyelaras kerja-kerja pencegahan dan kawalan penyakit bawaan vektor seperti Demam Denggi / Demam Denggi Berdarah di hospital.

Visi

Menyediakan dan memberi perkhidmatan kesihatan yang cekap, cepat dan berkualiti yang bertaraf profesional setanding dengan arus perkembangan kesihatan dan teknologi terkini.

Misi

Mewujudkan kesedaran masyarakat terhadap nilai-nilai kesihatan yang sempurna bagi mencapai kualiti hidup yang optima dan mengelakkan kejadian-kejadian yang berkaitan dengan cara kerja di kalangan kakitangan.

x