Pengenalan
Unit Rekod Perubatan, Hospital Beaufort terletak di Aras 3, Blok F. Unit Rekod Perubatan dipertanggungjawabkan untuk mengurus perkara berkaitan perkhidmatan rekod perubatan bagi membantu pihak hospital memberi perkhidmatan rawatan perubatan yang cekap dan berkesan.
Objektif
Visi
Menyediakan perkhidmatan maklumat perubatan yang cekap berkesan dan berkualiti melalui kerja berpasukan dan mesra pelanggan
Misi
Menjadi pusat sumber maklumat perubatan yang cemerlang dan memenuhi keperluan pelanggan
Skop Perkhidmatan
Fungsi
i. Bahagian Perpustakaan Rekod Perubatan
Menyediakan fail Rekod Perubatan Pesakit bagi pesakit yang mendapatkan rawatan
ii. Bahagian Koding
Menyediakan koding bagi diagnosis pesakit yang mendapatkan rawatan
iii. Bahagian Perangkaan & Statistik
Menyediakan laporan harian, bulanan dan tahunan untuk pesakit dalam dan luar untuk rujukan jabatan dan dihantar kepada JKN & KKM
iv. Bahagian Laporan Perubatan
a. Menyediakan Laporan Perubatan bagi permohonan individu, mahkamah, kes polis,post mortem, insurans dan sebagainya
b. Menyediakan laporan bersalin kepada pesakit
Carta Organisasi
Piagam Pelanggan