Unit Sumber Manusia dan Tatatertib Hospital Beaufort

Unit Sumber Manusia

Pengenalan

Unit Sumber Manusia dan Tatatertib merupakan salah sebuah unit di bawah Perkhidmatan Pengurusan Hospital Beaufort yang berperanan menguruskan sebahagian besar operasi pengurusan dan pembangunan sumber manusia seperti perlantikan, penamatan, kenaikan pangkat, cuti dan elaun, prestasi dan tatatertib serta kompetensi anggota bagi melahirkan anggota yang berkualiti dan produktif.

Objektif

Menyediakan perkhidmatan yang cekap dan teratur berdasarkan prosedur dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan / Kementerian Kesihatan Malaysia dari masa ke semasa.

Visi

Memperbaiki dan memperkemaskan tatacara pengurusan dari masa ke semasa demi mencapai kepuasan klien melalui penyelarasan Budaya Korporat dan peningkatan kualiti yang berkesan.

Misi

Menyediakan perkhidmatan yang cekap dan berkesan demi meningkatkan kualiti, produktiviti dan imej Hospital.

Piagam Pelanggan

  • Memproses pengesahan pelantikan dan pengesahan dalam jawatan dalam masa 3 hari waktu bekerja.
  • Memproses pemberian taraf berpencen selepas genap 3 tahun berkhidmat.
  • Memproses cuti melalui sistem Hrmis dalam masa 3 hari waktu bekerja.
  • Memproses PRA persaraan 2 tahun sebelum tarikh persaraan dan persaraan wajib 1 tahun sebelum tarikh persaraan.
  • Menyediakan perubahan Kew. 8 (Pergerakan Gaji Tahunan) dalam masa 1 minggu selepas menerima surat kelulusan.
  • Menyediakan perubahan Kew. 8 untuk pelbagai perubahan dalam perkhidmatan dalam masa 3 hari waktu bekerja.
  • Penyemakan buku kenyataan perkhidmatan dilakukan oleh anggota Hospital Beaufort sebanyak 2 kali setahun.

x