Unit Hemodialisis Hospital Beaufort

Unit Hemodialisis

Pengenalan

Unit Hemodialisis Hospital Beaufort mula dibina pada bulan Februari 2000 dan siap pembinaannya pada bulan September 2000. Bangunan Unit Hemodialisis terletak bersebelahan dengan Unit Fisioterapi dan bertanda dengan huruf K.

Penyerahan Bangunan Unit Hemodialisis kepada pihak Pengurusan Hospital Beaufort telah disempurnakan pada 29hb. November 2000. Unit ini telah dibuka secara rasminya pada 18hb. April 2001.

Perasmian bangunan telah disempurnakan pada 14hb. Ogos 2001 oleh YB Datuk Seri Panglima Hj. Lajim Hj. Ukin, Timbalan Ketua Menteri Sabah pada ketika itu.

Objektif

Menyediakan rawatan akut dan kronik hemodialisis kepada pesakit-pesakit di samping memberi perkhidmatan berkaitan dengan nasihat, kaunseling, maklumat mengenai rawatan dan penyakit serta penyiasatan awal sebelum Workup bagi pemindahan buah pinggang.

Misi

Misi Unit Hemodialisis Hospital Beaufort adalah selari dengan misi Unit Hemodialisis di seluruh negara iaitu untuk membolehkan para pesakit mendapat dialisis yang cukup agar mereka dapat menjalani kehidupan seperti manusia biasa yang lain dan untuk mendidik dan menyedar masyarakat tentang pentingnya penjagaan kesihatan.

Piagam Pelanggan

1. Setiap pesakit akan dilayan dengan mesra.

2. Setiap pesakit akan menjalani rawatan hemodialisis sekurang-kurangnya 4 jam setiap kali rawatan KECUALI jika ada masalah yang tidak dapat dielakkan.

Masa Menunggu

Masa menunggu untuk rawatan hemodialisis tidak melebihi 60 MINIT KECUALI dalam keadaan yang tidak dapat dielakkan.

Keadaan yang tidak dapat dielakkan termasuklah perkara-perkara seperti berikut :-

  • Mesin mengalami kerosakan.
  • Mesin terpaksa digunakan untuk kes kecemasan.
  • Gangguan bekalan elektrik.
  • Gangguan bekalan air.

x