Unit Dewan Bedah Hospital Beaufort

Unit Dewan Bedah

Pengenalan

Perkhidmatan Unit Dewan Bedah adalah salah satu perkhidmatan klinikal yang terdapat di Hospital Beaufort bagi menyediakan kemudahan pembedahan dan prosedur diagnostic kepada pesakit.

Unit Dewan Bedah Hospital Beaufort yang mempunyai 2 Bilik pembedahan terletak dibangunan blok di aras satu bersebelahan dengan Wad Lelaki (Bunga Melur 1) dan Wad Kanak-Kank (Bunga Melur 3)

Objektif

  • Menentukan pentadbiran Dewan Bedah berjalan dengan licin dan menjamin taraf teknik Anesthesia dan rawatan pembedahan bermutu tinggi setiap masa.
  • Merancang program latihan dan memberi dorongan serta tunjuk ajar kepada setiap anggota bagi menambahkan pengetahuan serta kemahiran.

Visi

Dewan Bedah akan wujud sebagai sebuah Unit yang terdiri daripada anggota yang mahir untuk melaksanakan tugas dengan efisien, berupaya berubah mengikut persekitaran serta serasi pelanggan dengan mengutamakan kualiti dan peningkatan taraf kesihatan serta menghormati martabat insan.

Misi

Mencapai sepenuhnya kemampuan kesihatan pelanggan serta menghargai kesihatan sebagai aset yang penting dan mengambil langkah positif meningkatkan serta mengekalkan status kesihatan bagi menikmati kehidupan yang lebih bermutu.

Piagam Pelanggan

  • Setiap pesakit akan diberi rawatan pembedahan yang sempurna serta selamat.
  • Setiap pesakit diberi jaminan bahawa kehormatannya akan terpelihara semasa menerima rawatan. Segala maklumat dan rawatannya akan dirahsiakan dan hanya boleh diberitahu kepada pihak tertentu dengan keizinannya.
  • Setiap pesakit yang tersenarai untuk pembedahan akan dibedah mengikut masa yang ditetapkan kecuali ada pembedahan kecemasan yang akan dilakukan dalam masa yang sama.
  • Setiap pesakit yang menjalani pembedahan kecil akan mengambil masa lebih kurang 40 minit, sementara pembedahan besar akan mengambil masa lebih kurang 60 - 120 minit.
  • Pembedahan kecemasan dijalankan pada bila-bila masa.

x