Wad Bunga Melur 2 Hospital Beaufort (Wad Perempuan)

Wad Perempuan

Pengenalan

Wad  Bunga Melur 2  Hospital Beaufort adalah merupakan Wad Perempuan yang menyediakan perkhidmatan Multidisiplin untuk Pesakit bagi Perubatan Am, Pembedahan Am, Orthopedik, Geriatrik, Paliatif dan Penyakit Berjangkit. Fungsi utamanya adalah memberi keperluan penilaian diagnosa, rawatan, jagaan perawatan dan rehabilitasi pesakit.

Selain daripada itu, ia juga menyediakan penjagaan dan perawatan untuk ginekologi dengan tempoh kehamilan 24 minggu ke bawah dan pesakit Postnatal selepas 24 jam sehingga 42 hari tempoh berpantang, serta kes - kes sakit puan yang berkaitan.

Objektif

  • Memastikan pesakit yang dimasukkan ke wad mendapat rawatan yang sepatutnya sebaik sahaja tiba di wad.
  • Memastikan pesakit yang discaj dari wad mendapat rawatan susulan.
  • Memastikan pesakit diberi penjagaan yang sebaiknya dan keselamatan mereka terjamin semasa berada di dalam wad.

Visi

Berazam menyediakan perkhidmatan yang berkualiti penyembuhan, pemulihan dan palliative.

Misi

Meningkatkan kualiti perawatan pesakit ketahap yang optima melalui pembangunan kerjaya yang profesional , penyayang dan semangat berpasukan.

Skop Perkhidmatan

Menyediakan Perkhidmatan Multidisiplin untuk Pesakit bagi Perubatan Am, Pembedahan Am, Orthopedik, Geriatrik, Paliatif dan Penyakit Berjangkit

WAD BUNGA

MELUR 1

(Lelaki)

MULTIDISPILIN

JUMLAH KATIL

Perubatan Am

16

36

Pembedahan Am

10

Orthopedik

2

Ginekologi

6

KUBIKAL

JUMLAH KATIL

FUNGSI

High Dependency Unit

4

Merawat pesakit yang menghidap sakit jantung, asma yang teruk dan juga untuk pesakit dalam keadaan tenat yang memerlukan pemerhatian rapi dan rehat secukupnya

Bilik Pengasingan (Isolation)

6

Sebuah bilik bertutup dikhaskan untuk menempatkan pesakit yang disyaki menghidap penyakit berjangkit

Perkhidmatan yang disediakan

  • Fungsi utama wad adalah untuk memberi keperluan penilaian diagnosa, rawatan dan jagaan perawatan kepada pesakit berumur 12 tahun keatas.
  • Wad ini menyediakan perawatan untuk pesakit medikal, surgikal, ortopedik dan gynaekologi.
  • Menyediakan perkhidmatan untuk kelas 3 sahaja.
  • Menyediakan perkhidmatan 24 jam.
  • Pendidikan kesihatan diberikan kepada pesakit dan keluarga.
  • Wad ini menyediakan penjagaan dan perawatan untuk ginekologi dengan tempoh kehamilan 24 minggu ke bawah dan pesakit Postnatal selepas 24 jam sehingga 42 hari tempoh berpantang, serta kes - kes sakit puanyang berkaitan.

Piagam Pelanggan

  • Pesakit di tempatkan di katil dilaksanakan serta merta.
  • Pesakit dinilai dan diberi rawatan oleh pegawai perubatan selepas kemasukan ke wad dalam tempoh 1 jam.
  • Pesakit discaj dari wad selepas dimaklumkan oleh pegawai perubatan dalam tempoh 6 jam.
x