Wad Rehabilitasi Hospital Beaufort

Wad Rehabilitasi

Pengenalan

Wad Rehabilitasi Hospital Beaufort mula beroperasi pada 14 April 2005. Terletak di blok F bahagian bawah. Dirasmikan oleh YB Datuk Dr. Abdul Latif bin Ahmad, Timbalan Menteri Kesihatan pada ketika itu.

Terdapat 8 buah katil terbahagi kepada 2 bahagian iaitu 4 Lelaki dan 4 Perempuan

Objektif

  •  Memastikan diagnosa dan intervensi awal untuk mencapai fungsi optimal dan keupayaan untuk berdikari untuk kehidupan dalam masyarakat.
  • Memperbaiki dan mengekalkan pencapaian kesihatan serta fungsi pelanggan melalui pendekatan holistik, kepakaran perubatan, psikologikal, sosial dan penjagaan rehabilitasi dalam pengamalan kerja berpasukan pelbagai disiplin.

Visi

Menjadi pusat yang cemerlang dalam pencegahan, perawatan, membekal pengetahuan dan penjagaan rehabilitasi untuk pelanggan. Ia juga akan dijadikan pusat untuk latihan, penyelidikan dan perkembangan dalam profesyen.

Misi

Memberi penjagaan dan sokongan yang maksimum kepada pelanggan untuk mencapai tahap keupayaan berdikari yang optimum sejajar dengan hak dan harga diri pelanggan melalui perkhidmatan diagnostik, terapeutik dan rehabilitasi yang berkualiti, efisien serta efektif, yang diberi secara holistik dan “berpusatkan pesakit”

Skop Perkhidmatan

  • Menyediakan katil untuk kelas 3 sahaja.
  • Perkhidmatan beroperasi 24 jam.
  • Kategori umur pesakit : Umur 12 tahun ke atas.
  • Menerima kemasukan pesakit dari Hospital lain seluruh Sabah yang memerlukan rawatan rehabilitasi sahaja berpandukan polisi yang ditetapkan atas rujukan Pakar Rehabilitasi QEH 1.
  • Menunjuk ajar pesakit dan penjaga agar dapat meneruskan jagaan perawatan di rumah.
x